SESI LIBAT URUS BENGKEL KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI PPDKB 2021 - KETUA PANITIA DAN GURU KANAN PPD KOTA BHARU TAHUN 2021
Tarikh : 23 MEI 2021-Ahad
Masa : 11.00 pagi
Medium : Google Meet
Video call link : https://meet.google.com/yzk-uauc-ern
Kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru.
Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan, guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi.
Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.
memperbaiki dan menambahbaik amalan dalam pdpc secara sistematik.
mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar.
guru merangka suatu plan tindakan untuk menyelesaikan masalah dihadapi.
memastikan tindakan yang diambil berkesan.
Kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:
Guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani;
Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan
Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Prosedur menjalankan kajian tindakan mempunyai 4 peringkat utama, iaitu:
Merancang;
Bertindak;
Memerhati; dan
Merefleks.
Prosedur menjalankan kajian tindakan diperincikan kepada 6 peringkat. Fasa-fasa adalah seperti berikut:
Fasa 1: Mengumpul data
Fasa 2: Mengesahkan andaian
Fasa 3: Tafsiran
Fasa 4: Tindakan
Fasa 5: Laksana dan memantau
Fasa 6: Analisis dan refleksi
Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kelas / pengajaran saya (membuat rakaman audio).
” … Saya rasa seolah-olah saya agak cepat (abrupt) dalam teknik penyoalan saya dan tidak memberi murid masa yang cukup untuk membentuk jawapan kepada soalan saya.”
Keputusan:
“Saya meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada hal ini merupakan amalan pengajaran saya (tekal) atau hanya dipengaruhi oleh keadaan masa itu.”
(Membuat rakaman sekali lagi dan disokong dengan pencerapan oleh rakan dan berbual-bual dengan murid selepas pengajaran)
“… Saya dapati memang benar bahawa saya meminta jawapan dengan cepat selepas mengemukakan soalan dan agak kerap juga saya menjawab sendiri soalan saya itu.”
Membuat rujukan (Membaca) Saya terjumpa dengan literatur yang membincangkan perkaitan antara tempoh yang berlalu selepas guru mengemukakan soalan dengan kualiti
maklum balas (response) murid. Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid cukup masa untuk berfikir selepas mengemukakan sesuatu soalan. Keadaan ini mungkin menjejaskan proses berfikirkan mereka.
Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah laku pengajaran saya itu dan menentukan kaedah untuk memantau teknik penyoalan saya. Saya mengambil masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk melaksanakan rancangan ini.
Saya mendapat bukti bahawa:
– respons murid bertambah baik;
– banyak jawapan aras tinggi yang diberikan murid;
– suasana kelas menjadi bertambah baik;
– murid menjadi lebih aktif dalam menjawab soalan; dan
– murid bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.
Apakah yang ingin anda capai dalam melaksanakan kajian tindakan ini?
Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kelas / pengajaran saya, lalu saya menulis kelebihan dan kekurangan kaedah pengajaran saya.
Apakah masalah yang dihadapi?
Masalah yang saya hadapi ialah:
Saya rasa seolah-olah saya ……………….. dalam teknik …………. saya dan tidak memberi murid masa yang cukup untuk …………. .
Apakah keputusan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah itu?
Keputusan yang saya ambil ialah:
Saya meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada hal ini merupakan amalan pengajaran saya (tekal) atau hanya dipengaruhi oleh keadaan masa itu.
Apakah cara untuk memastikan masalah itu sebenarnya berlaku?
1. Membuat rakaman pdpc dan menganalisanya.
2. Menyediakan borang pencerapan yang sesuai.
3. Pencerapan oleh rakan atau pencerapan kendiri.
4. Menilai tahap keberkesanan pdpc.
5. Berbual-bual dengan murid selepas pengajaran.
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah masalah sebenarnya yang berlaku?
Saya dapati memang benar bahawa saya …………….. semasa/ selepas …………….. dan agak kerap juga saya ……………………. .
Apakah tindakan (rancangan) anda untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah rasional tindakan anda?
1. Membuat rujukan lebih lanjut berkaitan masalah saya.
3. Saya merasakan bahawa saya tidak memberi murid ……………… .
4. Keadaan ini mungkin menjejaskan proses ………………………. .
Bagaimana anda mengawal sebab masalah dan cara menyelesaikannya? Apakah strategi anda?
Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah laku pengajaran saya itu dan menentukan kaedah untuk memantau teknik ………………. saya. Saya mengambil masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk melaksanakan rancangan ini (tempoh masa).
Apakah kesimpulan daripada kajian tindakan ini? Apakah bukti berdasarkan perubahan tingkah laku dan suasana pdpc? Apakah evidens yang menjadi bukti?
Saya mendapat bukti bahawa:
– respons murid bertambah baik;
– banyak jawapan aras tinggi yang diberikan murid;
– suasana kelas menjadi bertambah baik;
– murid menjadi lebih aktif dalam menjawab soalan; dan
– murid bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya.
Apakah kekangan dalam menjalankan kajian tindakan ini?
Namun demikian saya dapati ………………….. masih belum ……………. . Ia menyebabkan masih terdapat beberapa murid yang pasif dan tidak melibatkan diri dengan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apakah cadangan menambahbaik kajian tindakan ini?
Saya bercadang untuk meneruskan rancangan saya ini dan memperbaiki beberapa aspek kelemahan dalam rancangan awal.