APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada :
menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
memastikan pembelajaran murid
budaya kolaborasi
fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
Kongsi kepimpinan
kongsi nilai dan visi
pembelajaran kolektif dan aplikasi
kongsi amalan peribadi
struktur
hubungan
STRATEGI PLC
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
Lesson Study / Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran / memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Peer Coaching/ Instructional Coaches
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Learning Walk ( Belajar Secara Berjalan ):
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Teacher Sharing Session / Sesi Perkongsian Guru
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik
Video Critique / Kajian Video Pengajaran Guru
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru