Secara umum, Senarai Kandungan Fail Panitia mempunyai 10 fail utama iaitu Fail Induk, Fail Sukatan Pelajaran, Fail Mesyuarat Panitia, Fail Program Kecemerlangan, Fail Peperiksaan, Fail Penyeliaan/Pencerapan, Fail Penyemakan Buku Latihan, Fail Aktiviti Koakademik, Bank Soalan dan Maklumat Guru., iaitu :
01. FAIL INDUK
02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
03. MESYUARAT PANITIA
04. PROGRAM KECEMERLANGAN
05. PEPERIKSAAN
06. PENYELIAAN/PENCERAPAN
07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
08. AKTIVITI KOAKADEMIK
09. BANK SOALAN
10. MAKLUMAT GURU
Senarai Kandungan Fail Panitia mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan 10 Senarai Kandungan Fail Panitia bagi setiap jenis fail :
01. FAIL INDUK
Fail induk ini adalah lebih pada pengurusan dan perancangan fail ini perlu diisi dengan surat-surat luar dan dalaman berkaitan dengan panitia. Selain itu juga, fail ini perlu diisi dengan carta organisasi, senarai nama guru matapelajaran, perkeliling iktisas dan kewangan panitia.
a. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
b. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
c. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
e. ABM/Kewangan Panitia
02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
Fail ini perlu mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu pengajaran seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan tahunan, senarai bahan bantu mengajar, senarai buku teks dan rujukan dan rekod pencapaian sukatan pelajaran yang diajar.
a. Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
b. Huraian Sukatan Pelajaran
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
e. Senarai buku teks dan rujukan.
f. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
03. MESYUARAT PANITIA
Setiap panitia perlu mengadakan 3-4 kali mesyuarat setahun. Oleh demikian, segala aktiviti mesyuarat panitia perlu disimpan dalam fail ini. Perkara yang perlu disimpan dalam fail ini termasuk Notis/Memo Panggilan Mesyuarat, Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat, Kehadiran Mesyuarat, Rekod Edaran Minit Mesyuarat, Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi dan Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini).
a. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
b. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
c. Kehadiran Mesyuarat
d. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
e. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
f. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)
04. PROGRAM KECEMERLANGAN
Setiap panitia perlu juga membuat program kecemerlangan untuk setahun. Oleh itu fail ini digunakan untuk menyimpan segala berkaitan pengurusan program tersebut terdiri dari Pelan Strategik, Laporan-laporan program, Program Perkembangan Staf dan Kajian Tindakan (Jika ada).
a. Pelan Strategik
b. Laporan-laporan program
c. Program Perkembangan Staf
d. Kajian Tindakan (Jika ada)
05. PEPERIKSAAN
Fail ini juga perlu dilengkapkan dengan urusan peperiksaan panitia tersebut. Kandungan yang perlu ada dalam fail ini termasuk Jadual peperiksaan, Jadual penyedia soalan, Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam, Analisis Headcount, Post-Mortem / Audit Akademik.
a. Jadual peperiksaan
b. Jadual penyedia soalan
c. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
d. Analisis Headcount
e. Post-Mortem / Audit Akademik
06. PENYELIAAN / PENCERAPAN
Untuk tempoh setahun perlu juga ada penyeliaan dan pencerapan. Beberapa kali juga perlu dilakukan untuk pencerapan ini bergantung pada keperluan semasa dan pentadbir. Segala hal pencerapan dan penyeliaan ini boleh dimasukkan ke fail ini iaitu jadual penyeliaan, borang penyeliaan dan laporan kekuatan dan kelemahan.
a. Jadual Penyeliaan
b. Borang penyeliaan
c. Laporan kekuatan/kelemahan
07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
Setiap pengajaran perlu ada semakan buku latihan, ia bertujuan melihat kualiti serta proses pembelajaran yang konsisten. Panitia perlu mengurus hal semakan buku latihan pelajar dan segala bahan pengurusan perlu diletakkan dalam fail ini iaitu jadual semakan, borang penyemakan dan laporan kekuatan dan kelemahan semakan.
a. Jadual semakan
b. Borang penyemakan
c. Laporan kekuatan/kelemahan
08. AKTIVITI KOAKADEMIK
Untuk fail ini juga perlu disediakan surat menyurat aktiviti tersebut, aktiviti tahunan dan laporan aktiviti yang dijalankan.
a. Surat Menyurat
b. Aktiviti tahunan
c. Laporan aktiviti
09. BANK SOALAN
Fail ini juga penting untuk rujukan guru-guru panitia dengan penyediaan saoalan-soalan peperiksaan serta koleksi untuk rujukan. Kandungan fail ini terdiri dari Soalan-soalan peperiksaan sekolah, Soalan-soalan setara daerah / negeri dan Soalan-soalan peperiksaan awam.
a. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
b. Soalan-soalan setara daerah / negeri
c. Soalan-soalan peperiksaan awam
10. MAKLUMAT GURU
Dalam panitia tentunya mempunyai guru-guru yang melaksanakannya. Oleh demikian fail maklumat guru juga perlu dibuat yang terdiri dari Jadual waktu persendirian, Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru dan Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia.
a. Jadual waktu persendirian
b. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
c. Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia
Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem Panitia Mata Pelajaran yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (KP (BS)8591/Jld.II/(44), 13 HB Mac 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan disekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang kukuh dan menjayakanpelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah
Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan tersebut.
Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam Panitia Mata Pelajaran ialah:
Menentukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini.
Menyelaras format penulisan Rancangan Mengajar Harian.
Mengkaji keberkesanan dan kelemahan buku teks.
Mencadangkan buku-buku rujukan, bahan-bahan kurikulum dan BBM.
Penyelarasan ujian dan penilaian serta tindak ikut.
Mengkaji punca kelemahan pelajar dan cara mengatasinya serta tindakan pembetulan yang perlu dilakukan.
Membincangkan keperluan mengadakan latihan dalaman, bengkel atau taklimat yang sesuai.
Membincangkan terguran dan pengesyoran daripada Pengetua/Guru Besar, GPK, Ketua Bidang, PPD, JPN serta lain- lain yang berkaitan.
Memaklumkan kepada ahli tentang arahan-arahan terbaru serta mengambil respon serta merta terhadap mana-mana Surat Pekeliling atau arahan-arahan jabatan.
Mengkaji dan menilai keberkesanan pelaksanaan pangajaran dan pembelajaran Bahan Mata Pelajaran di dalam bilik darjah serta melaksanakan tindakan-tindakan pembetulan atau menambah baik nilai sedia ada.
Menilai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan serta membincangkan pelan tindakan dan persediaan bagi program-program yang belum dilaksanakan.
Ketua panitia adalah bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di sekolah
masing-masing terhadap:
Perancangan
Pengelolaan – program Panitia Mata Pelajaran di sekolahnya.
Pelaksanaan
Guru terkanan.
Berpengalaman.
Prestasi kerja baik.
Sifat kepimpinan.
Mengetuai Panitia Mata Pelajaran.
Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Melantik Setiausaha Panitia dari kalangan Ahli Panitia.
Mempengerusikan Mesyuarat Panitia.
Merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pencapaian Mata Pelajaran.
Memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua/Guru Besar, GPK dan AJK Panitia.
Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.
Menjadi fasilitator di antara Ahli Panitia dengan semua pihak yang lain tentang hal yang berkaitan dengan mata Pelajaran.
Memberi perhatian kepada semua keputusan ujian dan peperiksaan mata pelajaran untuk menjamin pencapaian pelajar.
Setiausaha Panitia – nadi penggerak sesebuah panitia. Kriteria setiausaha
panitia adalah seperti berikut:
Kelayakan ikhtisas
Pengalaman mengajar
Prestasi kerja
Sifat-sifat kepimpinan
Berkualiti
Kecenderungan, minat dan keupayaan.
Mengeluarkan surat panggilan mensyuarat kepada semua ahli panitia dan para jemputan yang lain.
Menyediakan segala agenda mesyuarat setelah berunding dengan Ketua Panitia.
Menyediakan minit mesyuarat panitia dengan segera.
Menyediakan salinan minit mesyuarat kepada AJK Panitia dan pihak sekolah.
Menyimpan rekod-rekod pengurusan dan perjalanan panitia serta fail-fail panitia.
Menyimpan dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang berkaitan.
Mengemaskini fail-fail bagi tahun-tahun semasa seperti yang ditetapkan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa kesemasa.
AJK Panitia – jentera penggerak sesebuah panitia. Kriteria-kriteria AJK
Panitia adalah seperti berikut:
Pengalaman mengajar
Prestasi kerja
Berkualiti
Kecenderungan, minat dan keupayaan.
Komitmen dan kerja
Menghadiri dan menyertai mesyuarat panitia.
Menyetujui cadangan-cadangan yang dirancang dalam mesyuarat panitia.
Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang dirancangkan sebaik mungkin.
Memberi perhatian dan membuat analisa/post mortem ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan bagi mengkaji kekuatan dan kelemahan yang ada.
Membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi setiap murid lemah.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diamanahkan.
Bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.
Menjaga keselamatan dan kebersihan alatan BBM dan bilik-bilik khas.
Membantu menguruskan bank-bank soalan.
Kandungan :
Contoh Borang Kehadiran Mesyuarat PK 07/2
Contoh Minit Mesyuarat PK 07/3
Rekod Edaran Minit Mesyuarat
Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)