Kajian mengenai pembangunan profesionalisme yang berkesan untuk guru (cth Darling-Hammond & Richardson, 2009; Garet et al, 2001; Wei et al, 2009) telah dirumuskan dalam 6 kekunci seperti di bawah:
i. Fokus kepada isi kandungan dan pedagogi
ii. Penglibatan yang intensif dan mampan
iii. Peluang untuk pembelajaran yang aktif dan sedia guna (hands-on)
iv. Memperuntukkan masa untuk membuat reflektif kendiri
v. Memberi peluang guru-guru berkolaboratif dalam merancang dan membuat reflektif pengajaran
vi. Mengumpul dan menganalisis data yang relevan.
Penyelidik dan pendidik telah menggunakan video sebagai satu cara untuk menyempurnakan keenam-enam kekunci tersebut dengan merakam, menganalisis, dan membuat reflektif pengajaran di bilik darjah.
Sejarah penggunaan video untuk guru telah bermula semenjak tahun 1960an dengan Allen dan Ryan menggunakan video untuk microteaching (1969), Greenburg (1971) menggunakannya untuk tujuan memperbaiki pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Semakin ramai berpendapat bahawa penggunaan rakaman video pengajaran guru untuk pembangunan profesionalisme dapat memberi peluang kepada guru berkenaan untuk melihat pengajarannya dan tingkah laku murid-muridnya (Jaworski, 1990).
Allen, Pianta, Gregory, Mikami & Lun, 2011; Brantlinger, Sherin & Linsenmeier, 2011; Roth, Garnier, Chen, Lemmens, Schwille & Wickler, 2011) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan video untuk membuat reflektif terhadap pengajaran guru. Aktiviti reflektif berasaskan video ini memerlukan sekumpulan guru terlibat dalam beberapa siri perjumpaan tontonan video untuk memperbaiki pengajaran mereka. Guru-guru dalam Kelab video “menggunakan video bukan sebagai sumber menilai amalan masing-masing, tetapi sebagai sumber untuk cuba memahami proses PdP” dalam usaha untuk memberi sokongan (Sherin & Han, 2004).
Web-mediated individualized coaching adalah program coaching MTP menggunakan video yang melibatkan kerjasama antara guru dan coach. Pada setiap dua minggu, guru-guru akan merakam sesi pengajarannya sendiri di dalam bilik darjah dengan menggunakan kamera yang diletakkan di atas tripod. Video tersebut akan dihantar kepada coachuntuk dianalisis.
Satu kitaran program coaching MTP
Jaworski (1990) menjelaskan penggunaan video memainkan peranan:
a. Mematahkan kebiasaan guru bersendirian dan jarang melihat sesi pengajaran orang lain
b. Memberi peluang untuk melihat stail pengajaran dan strategi guru lain
c. Memberi peluang guru merakam sendiri pengajarannya dan menggunakan video itu sebagai asas untuk membuat amalan reflektif pengajarannya
d. Memberi peluang guru-guru berkongsi pengalaman, dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk perbincangan yang boleh membolehkan mereka mengenal pasti dan menangani isu-isu penting di dalam kelas.
2. Pendapat lain mengenai faedah penggunaan video adalah:
a. Memberi peluang melihat pengajaran di kelas lain
b. Menunjukkan strategi pengajaran langkah demi langkah
c. Memberi idea dan contoh-contoh yang boleh digunakan untuk pembangunan staf
d. Memberi penekanan pada sesuatu perkara dan menunjukkan bagaimana ia dilakukan
e. Satu cara untuk memperkenalkan standard dan kaedah PdP yang baru kerana ia melibatkan pembelajaran melalui visual.
f. Memberi peluang guru melihat diri sendiri melalui kacamata orang lain
g. Boleh dimainkan beberapa kali untuk dipelajari.
h. Strategi pengajaran boleh dikongsikan dalam bengkel, mengikut bahagian, dan perbincangan mengikut setiap bahagian pengajaran
Proses menggunakan video untuk menyokong pembangunan profesional boleh dilakukan mengikut langkah-langkah berikut:
a. Tentukan kumpulan atau individu yang akan terlibat dalam sesi video review and reflection, mungkin guru novis, panitia yang sama atau tahun/tingkatan yang sama (pasukan melintang dan menegak/horizontal and vertical team)
b. Bincangkan aspek yang hendak difokuskan, seperti
● Objektif video review and reflection
● Tajuk pelajaran
● Pendekatan atau teknik pengajaran yang hendak digunakan
● Aktiviti pengajaran, penilaian pembelajaran
● Kumpulan sasaran
● Tempoh masa persediaan guru
● Siapa yang akan membuat rakaman
● Alat perakam video yang sesuai
● Jumlah masa pengajaran untuk dirakam
● Jumlah masa dan sesi perjumpaan untuk berbincang dan membuat reflektif
● Alat (borang) yang digunakan untuk membuat pemerhatian video sebagai panduan untuk sesi reviewdan reflektif
● Pencatat yang akan merekod semua perkara yang dibincangkan supaya boleh dijadikan sebagai rujukan.
● Pakar rujuk/ coach yang boleh mengendalikan sesi perbincangan dan membuat rumusan di akhir sesi.
● Bincangkan apakah perkara yang berlaku dengan baik, apakah yang tidak menjadi, dan apakah evidens yang menunjukkannya.
● Persetujuan untuk mengadakan ulang rakam setelah membuat penambahbaikan.
● Persetujuan untuk berkongsikan video dan hasil daripada sesi perbincangan dan reflektif kendiri dengan guru-guru lain.
Soalan-soalan berikut boleh dijadikan contoh untuk mengaktifkan perbincangan:
a. Apakah yang anda perhatikan perkara yang dilakukan oleh guru untuk mengintegrasikan PAK21 di dalam bilik darjah?
b. Aktiviti mana yang menggunakan ICT/alatan/bahan membuat anda teruja? Aktiviti mana yang anda kurang setuju, dan mengapa?
c. Apakah perkara yang hampir sama yang anda akan buat, atau perkara yang berbeza yang anda akan buat?
d. Apakah perkara yang luar biasa yang anda perhatikan, jika ada?
e. Apakah yang anda perhatikan pada murid-murid? Apakah soalan yang anda akan tanya pada guru atau murid?
f. Apakah soalan yang anda ingin tanyakan tentang video?
g. Apakah yang anda rasa perkara yang telah anda pelajari bagi menguatkan, mengubah atau meluaskan PdP sendiri setelah melihat video ini?
h. Adakah idea baharu mewujudkan persoalan baharu bagi anda? Adakah soalan baharu mewujudkan idea baharu untuk anda?
i. Apakah langkah-langkah tindakan yang anda akan ambil seterusnya?
a. Rakaman dan suara yang tidak jelas
b. Respons murid-murid yang mungkin agak berhati-hati, kurang spontan
c. Tempoh masa untuk menonton video mungkin agak lama menyebabkan guru-guru hilang fokus, atau bilangan sesi perbincangan dikurangkan.
d. Kewujudan gangguan daripada murid-murid atau dari luar kelas ketika rakaman diadakan.
a. Rakaman dan suara yang tidak jelas
b. Respons murid-murid yang mungkin agak berhati-hati, kurang spontan
c. Tempoh masa untuk menonton video mungkin agak lama menyebabkan guru-guru hilang fokus, atau bilangan sesi perbincangan dikurangkan.
d. Kewujudan gangguan daripada murid-murid atau dari luar kelas ketika rakaman diadakan.
Perancangan yang rapi boleh menjadikan sesi video critics atau video review and reflection sangat berguna dalam pembangunan profesionalisme guru kerana pendekatan ini memberi peluang untuk guru membuat reflektif kendiri dan pengajarannya, serta melihat tingkah laku dan kebolehan murid-muridnya. Guru-guru juga boleh belajar amalan yang baik daripada yang lain walaupun ada jarak yang jauh, mata pelajaran yang berbeza atau bidang fokus yang berbeza. Guru-guru dapat saling membantu dan berkolaboratif. Guru-guru boleh melihat keadaan murid-murid di kelas yang mungkin akan diajarnya pada masa yang lain, dan membuat persediaan lebih awal. Sesi begini menjadikan guru-guru lebih memahami antara satu dengan yang lain dan menambahkan kejelekitan antara mereka. Akhir sekali, pendekatan ini memberi peluang untuk guru-guru mencuba strategi dan teknik mengajar yang baharu yang sesuai dengan peredaran zaman secara serentak, dan bukan sendiri-sendiri lagi.