Konsep Jejak Pembelajaran (Learning walks) diambil daripada amalan pengurusan eksekutif Hewlett-packard yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan “pengurusan secara berjalan”. Di sekolah, pengamalan Jelajah Pembelajaran mampu mengumpulkan bukti amalan terbaik yang dilakukan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan dijadikan sebagai contoh.
Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran. Apa yang penting, pada akhirnya amalan ini akan menjurus kepada peningkatan profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta kategori murid. Kesemua ini juga selari dengan pendapat yang diutarakan dalam petikan daripada laman web learningleadershipstudy.org/LLS/Learning_Walk.html:
“Jelajah Pembelajaran adalah untuk memerhati dan ‘mencuri’ amalan dan kaedah yang berkesan”. (“Learning Walks is ‘to observe and ‘steal’ practices and methods that work”), dan
“(Tujuan) kami di sini adalah untuk MENYOKONG PdP, BUKAN untuk MENILAI”. (“We are there to SUPPORT teaching and learning NOT to EVALUATE”) – Kevin McCune.
Mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di dalam bilik darjah.
Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti pemerhatian.
Belajar daripada amalan-amalan PdP yang berkesan dan boleh dipraktikkan untuk diri sendiri dan guru lain.
Definisi Jelajah Pembelajaran adalah:
“Berjalan sekitar sekolah untuk memerhati pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan aturan dan fokus yang spesifik”.
Jelajah Pembelajaran dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Penetapan fokus untuk pemerhatian
Langkah 2: Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas
Langkah 3: Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah
Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Fokus yang boleh diperhatikan di dalam bilik darjah
ii. Fokus mesti dinyatakan dengan jelas
iii. Fokus mesti berkait dengan pendekatan pembelajaran profesionalisme
iv. Fokus mesti mempunyai kepentingan yang berkait rapat dengan keutamaan sekolah
Nota: Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian Jelajah Pembelajaran boleh melibatkan pelbagai mata pelajaran. Kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh dipelajari atau dicontohi.
Fokus boleh melibatkan pelbagai perkara yang boleh diperhatikan dan merangkumi aspek-aspek yang berikut:
i. Teknik penyoalan dan tempoh masa untuk berfikir
ii. Penggunaan bahan bantu mengajar atau sumber yang berkesan dan menyokong PdPC
iii. Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong PdP
iv. Amalan penilaian yang berkesan
v. Penglibatan murid
vi. Arahan guru semasa PdP
vii. Penggunaan ICT semasa PdP
viii. Pengurusan papan hitam/putih.
Langkah Pertama
i. Bentuk kumpulan Jelajah Pembelajaran yang terdiri daripada ahli-ahli panatia
ii. Pilih seorang ketua yang dinamakan Lead Walker
iii. Berkumpul untuk membincangkan SATU fokus yang akan diperhatikan
iv. Pilih kelas-kelas yang akan dilawati dan tetapkan tarikh serta waktu untuk sesi Jelajah Pembelajaran.
Langkah Kedua
Pelaksanaan sesi Jelajah Pembelajaran terbahagi kepada 3 peringkat:
i. Perbincangan pra-pemerhatian
ii. Lawatan ke bilik darjah
iii. Perbincangan pasca-pemerhatian 6.3 Langkah Ketiga
Dapatan dan rumusan sesi Jelajah Pembelajaran akan dikongsikan dengan semua guru dalam jangka masa seminggu selepas sesi pemerhatian.
1. Satu sesi Jejak Pembelajaran biasanya akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
2. Berikut adalah cadangan pelaksanaan satu sesi Jejak Pembelajaran
a) Perbincangan Pra-pemerhatian
Perbincangan ini diadakan untuk memastikan semua ahli Jejak Pembelajaran memahami:
i. Fokus Jejak Pembelajaran pada hari tersebut. Catatan dibuat dalam borang Jejak Pembelajaran yang disediakan.
ii. Protokol dan tujuan diadakan Jejak Pembelajaran
iii. Kelas dan jadual kelas serta guru-guru yang akan dilawati
iv. Bukti atau hasil yang dijangka akan diperolehi
b) Kelas 1
i. Lawatan dan pemerhatian dijalankan bagi Kelas 1 selama 10 minit berdasarkan fokus yang telah dipersetujui bersama.
ii. Ahli-ahli sesi Jejak Pembelajaran tidak digalakkan berbincang semasa di luar/dalam kelas.
iii. Ahli-ahli mencatat pemerhatian dalam borang Jejak Pembelajaran yang disediakan.
c) Perbincangan Koridor 1
i. Semua ahli sesi Jejak Pembelajaran berkumpul di luar kelas (koridor) setelah pemerhatian Kelas 1.
ii. Ahli-ahli sesi Jejak Pembelajaran berbincang dan berkongsi dapatan lawatan dan pemerhatian Kelas 1.
d) Format pemerhatian dan perbincangan koridor diulangi di kelas 2 dan 3
i. Ahli-ahli kumpulan berkumpul semula di satu tempat yang dipersetujui untuk berkongsi dan berbincang semua dapatan dari pemerhatian dan lawatan sesi Jejak Pembelajaran
ii. Ahli-ahli merumuskan semua dapatan dari sesi Jejak Pembelajaran yang diadakan
iii. Ketua Jejak Pembelajaran akan mencatat rumusan perbincangan.
e) Perkongsian bersama guru-guru lain
i. Ketua Jejak Pembelajaran / Ketua Panitia akan berkongsi dapatan dan rumusan perbincangan sesi Jejak Pembelajaran semasa perjumpaan atau mesyuarat semua guru di sekolah terbabit.
Nota: Tiada had bilangan kelas tertentu yang perlu dilawati dalam setiap sesi Jejak Pembelajaran. Setiap kumpulan Jejak Pembelajaran bebas memilih jumlah yang dipersetujui bersama berdasarkan fokus dan keperluan kumpulan.
RINGKASAN CADANGAN PERLAKSANAAN