Ujian 3 (a)
Tekan Tubi
Tujuan
Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.
Jantina
Lelaki
Alatan dan Kemudahan
Kawasan lapang dan rata.
Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi.
Jam randik.
Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Pengurusan Ujian
Murid memakai kasut dan pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian.
Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
Murid A melakukan ujian dan murid B mengira dan mencatat.
Baju-T yang dipakai oleh murid perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
Ujian 3 (b)
Tekan Tubi Ubah Suai
Tujuan
Untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.
Jantina
Perempuan
Alatan dan Kemudahan
Kawasan lapang dan rata.
Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi.
Jam randik.
Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Pengurusan Ujian
Murid memakai kasut dan pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian.
Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
Murid A melakukan ujian dan murid B mengira dan mencatat.
Murid yang bertudung perlu memasukkan tudung ke dalam baju-T.
Baju-T yang dipakai oleh murid perlu dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
Prosedur TEKAN TUBI (LELAKI)
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan sokong hadapan dan tangan dibuka seluas bahu. Berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan hujung kaki. Kedudukan badan dan kaki sentiasa diluruskan dengan muka memandang ke lantai
Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm
Luruskan tangan ke kedudukan asal
Turutan lakuan seperti gambar di atas untuk melengkapkan kiraan satu ulangan.
Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul.
Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur yang betul.
Prosedur TEKAN TUBI ubah suai (perempuan)
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia iaitu tangan dibuka seluas bahu dan lutut fleksi. Berat badan disokong oleh tangan lurus dan lutut. Lutut difleksi dan kedua-dua belah kaki tidak bersilang. Kedudukan badan dan paha sentiasa diluruskan dan muka pandang ke lantai.
Turunkan badan dengan siku difleksi sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm.
Luruskan tangan dalam kedudukan asal.
Turutan lakuan 1,2 dan 3 melengkapkan kiraan satu ulangan.
Tekan tubi ubah suai diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti. Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul seperti 1,2 dan 3.
Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi ubah suai secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti.
Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur.