Ujian 2
Ujian Naik Turun Bangku.
Tujuan
Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular.
Jantina
Lelaki dan perempuan
Alatan dan Kemudahan
Bangku dengan ketinggian 30.5 cm atau1 kaki.
Jam randik.
Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit.
Pemain CD atau komputer.
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Pengurusan Ujian
Murid memakai kasut dan pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian.
Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.
Sediakan rakaman atau metronom 96 detik seminit.
Prosedur UJIAN NAIK TURUN BANGKU
Murid berdiri tegak dengan sebelah kaki di atas bangku dan sebelah kaki di atas lantai.
Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
Murid melakukan pergerakan naik turun bangku. Kaki pertama naik diikuti kaki kedua. Kaki yang pertama naik akan turun dahulu dan diikuti kaki kedua. Turutan naik turun bangku adalah “naik, naik, turun, turun”.
Lutut mesti lurus semasa kedua-dua belah kaki berada di atas bangku dan di atas lantai.
Keseluruhan telapak kaki mesti memijak permukaan bangku dan permukaan lantai.
Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronom dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
Selepas 5 saat, guru atau murid hendaklah mengira kadar denyutan nadi.
Kadar denyutan nadi diambil dalam jangka masa 1 minit. 10. Jika murid tidak menamatkan ujian selama 3 minit tanpa henti, tiada skor untuk murid berkenaan.