Ujian 4
Ringkuk Tubi Separa
Tujuan
Untuk mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen.
Jantina
Lelaki dan perempuan
Alatan dan Kemudahan
Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar.
Penanda 15 cm seperti straw minuman.
Pembaris 30.5 cm.
Jam randik.
Metronom atau rakaman metronom 50 detik seminit.
Pemain CD atau komputer.
Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Pengurusan Ujian
Murid memakai kasut dan pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian.
Ujian ini dilakukan secara berpasangan. Murid A sebagai pelaku dan murid B mengira dan mencatat.
Lekatkan dua penanda dengan pita pelekat secara selari di atas tilam senaman di kiri dan kanan pelaku.
Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.
Tilam senaman digunakan sebagai alas untuk menyerap hentakan bahu dan kepala.
Prosedur UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan baring dan fleksi lutut 90 darjah serta telapak kaki sentiasa menyentuh tilam senaman. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi, selari dengan badan, dan telapak tangan sentiasa rata di atas tilam senaman sepanjang ujian. Hujung jari yang terpanjang menyentuh penanda pertama.
Pada setiap lakuan ringkuk tubi separa, bahagian bawah belakang badan hendaklah sentiasa menyentuh tilam senaman semasa bahu diangkat. Kedua-dua belah tangan menggelongsor sehingga hujung jari menyentuh penanda kedua dan kembali ke kedudukan asal.
Murid melakukan ringkuk tubi separa mengikut bunyi metronom yang diperdengarkan selama 1 minit tanpa henti. Lakuan maksimum ringkuk tubi separa adalah sebanyak 25 ulangan.
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid:
i. Tidak dapat mengikut bunyi metronom.
ii. Tidak dapat melakukan ringkuk tubi separa dengan teknik yang betul dua kali berturut-turut seperti prosedur 1 san 2.
iii. Berhenti melakukan ujian sebelum tamat 1 minit.
Skor diambil kira berdasarkan ulangan dibuat selama 1 minit atau setakat murid berhenti.