Ujian 5
Jangkauan Melunjur
Tujuan
Untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.
Jantina
Lelaki dan perempuan
Alatan dan Kemudahan
Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm.
Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
Pengurusan Ujian
Murid perlu memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang bersesuaian tetapi tidak perlu memakai kasut dan stokin.
Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
Seorang murid melakukan ujian manakala rakannya membaca dan mencatatkan skor.
Alat jangkauan melunjur perlu diletakkan rapat ke dinding supaya tidak bergerak.
Prosedur UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR
Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah kaki lurus dan telapak kaki menyentuh papan sepanjang masa ujian.
Pembantu meletakkan tangan di atas lutut pelaku bagi memastikan lutut tidak difleksi.
Telapak tangan dominan ditindih di atas belakang telapak tangan bukan dominan dalam keadaan kedua-dua hujung jari tengah hendaklah bertindih.
Jangkau tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas skala pengukur.
Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat.
Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Jangkauan terbaik diambil kira sebagai skor.
Skor tidak akan dikira jika lutut difleksi semasa melakukan jangkauan.
Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (tidak perlu merekodkan dalam titik perpuluhan).