T.Hunt (1987) mendefinisikan pengucapan awam sebagai satu proses penyampaian buah fikiran,maklumat, pandangan dan perasaan kepada pendengar menggunakan lambang-lambang bahasa. Sebagai seorang pendidik pengucapan awam adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Tambahan pula sebagai pendidik pendidikan awal kanak-kanak pengucapan awam merupakan perkara yang amat penting bagi memastikan ilmu dan juga perkara yang disampai kepada kanak-kanak itu disampaikan secara berkesan dan mudah di fahami (Siti Dahlia et al, 2022). Jika guru tidak dapat menyampaikan sesuatu dengan berkesan maka akan berlaku salah faham antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, ia akan memberi impak kepada penghasilan pelajar yang berkualiti.
Oleh itu, dalam penulisan ini akan diterangkan secara teliti faktor-faktor yang mempengarusi keberkesanan pengucapan awam dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak dan candangan cara untuk membantu guru pendidikan awal kanak-kanak menjadi lebih bersedia,yakin serta mampu menyampaikan maklumat bukan sahaja dengan jelas tetapi dengan menarik berdasarkan video pengucapan awam yang dijadikan sebagai panduan.