Terdapat dua kurikulum rasmi yang digunakan untuk pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia iaitu Kurikulum PERMATA yang digunakan oleh TASKA manakala Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digunakan untuk TADIKA (Nordin et al, 2024). Secara umumnya taska memfokuskan kepada kanak-kanak berusia sifar hingga empat tahun manakala prasekolah memfokuskan kepada empat hingga enam tahun.
Oleh itu, dalam penulisan ini akan dilakukan analisis kurikulum antara kurikulum taska dan prasekolah. Dimana kedua-dua kurikulum ini akan dianalisis melalui latar belakang,matlamat dan objektif, model konseptual,bidang pembelajaran dan asuhan dalam taska, tunjang utama dalam KSPK dan standard kandungan dan pembelajaran.