Kurikulum PERMATA atau juga dikenali sebagai Program PERMATA Negara telah dikonsepsikan pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar yang diketuai oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu) (Kurikulum PERMATA Negara ,2020). Pada Mei 2007, Program ini telah dilaksanakan di lima buah Pusat Anak PERMATA dan menunjukkan perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah, emosi, sosial dan intelek menyerlah lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak mengikuti Program PERMATA Negera. Kesannya, Kerajaan memutuskan untuk memjadikan Kurikulum PERMATA sebagai kurikulum rasmi yang digunakan oleh TASKA kelolaan kerajaan (Kurikulum PERMATA Negara ,2020).
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada tahun 2010 dan telah disemak semuia pada tahun 2017. KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan yang bersesuian dengan perkembangan dan teori pembelajaran kanak-kanak (Dokumen Stadard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017,2017). Bagi menyediakan pendidikan prasekolah yang bertaraf dunia guru-guru prasekolah menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Kurikulum Stadard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sebagai panduan (Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,2017)