Kurikulum PERMATA berasaskan pendekatan holistik dan berpusat kepada kanak-kanak. Ia memberi penekanan kepada pembelajaran melalui bermain, pemerhatian, dan pengalaman langsung dalam persekitaran yang kondusif.Komponen Model Konseptual PERMATA adalah kanak-kanak sebagai fokus utama,pembelajaran berasaskan bermain,pendekatan holistik,persekitaran pembelajaran yang kondusif,penglibatan ibu bapa & komuniti.
KSPK digunakan dalam pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Kurikulum ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menekankan pembelajaran bersepadu yang seimbang.Komponen model konseptual KSPK adalah seperti kanak-kanak sebagai fokus, pembelajaran bersepadu,pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendidikan holistik.