Matlamat Kurikulum PERMATA adalah untuk mengembangkan kemahiran dan pedibadi kanak-kanak agar mereka dapat bersedia untuk memasuki alam persekolahan yang formal (Dokumen Kurikulum PERMATA,2020).
Objektif Kurikulum Permata adalah seperti berikut:
1. Membina emosi,akhlak dan spiritual kanak-kanak
2. Membina kemahiran interpersonal dan sosial
3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa
4. Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat,kebersihan dan
keselamatan diri dan gaya hidup sihat
5. Melatih kanak-kanak mengurus diri
6. Membantu kanak-kanak mengambangkan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan fizikal
7.Membina kemahiran awal metamatik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian
8.Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran
9.Membina hubungan postitif dengan ibu bapa,komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbangkan kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak
Matlamat KSPK adalah memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaraan pembelajaran yang selamat dan menyuburkan dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna (Nordin & Romarzila,2022).
Objektif KSPK adalah seperti berikut:
1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan
2. Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam
3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarat Malaysia
5. Menyanyangi dan menghargai alam sekitar
6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri
7. Mempraktikkan amalan kesihatan,membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan
8. Mengambangkan daya kreatif dan estetika
9. Mengaplikasikan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
Kedua-dua kurikulum ini menekankan pendidikan awal yang menyeluruh dan bersepadu, dengan memberi fokus kepada perkembangan sosial, emosi, fizikal, dan intelek. Walaupun PERMATA lebih menumpukan kepada pembelajaran melalui bermain, manakala KSPK mula memperkenalkan pendekatan akademik secara berstruktur, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu membantu kanak-kanak membangun sebagai individu yang seimbang dan bersedia untuk masa depan.