Menabung merupakan amalan yang mulia dan patut digalakkan . Seseorang yang menabung dapat menikmati pelbagai faedah . Bagi murid , wang yang dikumpulkan dapat digunakan untuk membiayai kos pelajaran . Hal ini dapat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga mereka . Wang yang ditabung amat berguna pada waktu kecemasan . Misalnya , kos rawatan di klinik atau di hospital dapat dibayar dengan menggunakan wang tabungan tanpa mengharapkan bantuan pada orang lain . Di samping itu , wang tabungan dapat dijadikan bekalan pada masa hadapan . Seseorang yang banyak menyimpan wang tidak menghadapi masalah untuk hidup senang seperti melancong pada bila - bila masa . Kesimpulannya , setiap orang harus mengamalkan sikap suka menabung walaupun sedikit , kerana sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit .