Kemajuan dalam bidang pertanian , iaitu penanaman padi . Bidang penanaman padi sering diperkecil oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang kecil nilai ekonominya . Tanggapan ini meleset sama sekali . Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya , kemajuan dalam bidang penanaman padi tersebut dapat dicapai .
a ) Ilmu , kegigihan , ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan . Contohnya , Alif sentiasa yakin , berdoa , bersabar dan bekerja kuat dalam mengusahakan penanaman padi itu .
b ) Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja . Walaupun Alif berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi , dia lebih suka bekerja sendiri dengan menjadi petani moden .
c ) Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan . Contohnya , Abang Man dan pemilik - pemilik tanah sawah di kampung Alif hendak menjual tanah sawah mereka kepada syarikat perumahan .
Latar Tempat
a ) Petak Bendang . Tempat Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia sedang menyusuri pematang sawah .
b ) Anjung rumah Mak Wan . Tempat beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan .
c ) Petak - petak sawah di Seberang Perak . Tempat yang pernah dikunjung Alif dalam usaha megumpul pengalaman dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya .
Latar Masa
a ) Pada waktu awal pagi . Contohnya , Alif menyusuri pematang sawah lalu disapa oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut .
b ) Setahun yang lalu . Contohnya , setahun yang lalu , Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka .
Latar Masyarakat
a ) Masyarakat petani .Contohnya , Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman padi .
b ) Masyarakat yang berilmu . Contohnya , Alif merupakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi .
c ) Masyarakat yang positif . Contohnya , emak Alif sentiasa mendidiknya dengan mengamalkan sifat syukur , sabar dan reda dalam kehidupan .
Alif
a ) Anak kepada Mak Wan .
b ) Seorang petani moden .
c ) Seorang yang positif dan optimistik .
Mak Wan
a ) Ibu kepada Alif .
b ) Tegas .
c ) Seorang yang penyabar .
a ) Keyakinan . Contohnya , Alif yakin dengan kebolehan dirinya bahawa dia mampu mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya .
b ) Kesyukuran . Contohnya , Alif sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupannya .
c ) Berdikari . Contohnya , Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri walaupun dia berkelulusan universiti .
a ) Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu perkara .
b ) Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran untuk memperoleh kejayaan .
c ) Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan .