Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditengakkan dengan apa - apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa , warna kulit , kepercayaan , pangkat , kedudukan dan sebagainya .
a ) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa - apa cara sekalipun . Peguam bela bersungguh - sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan .
b ) Isu bahasa Melayu di mahkamah . Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi . Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan telor Inggeris .
c ) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah . Tertuduh ii dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang bakal lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya .
Latar Tempat
a ) Mahkamah . Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan .
b ) Taman Gagak Putih . Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh binti Jali berjoging .
c ) Stor JJK Ulu Dungun . Tempat Tertuduh ii mencuri sesekor beruk subsidi miik kerajaan Malaysia .
Latar Masa
a ) Waktu pagi . Contohnya , sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi .
b ) 10 Januari 1988 . Contohnya , tarikh kematian Mek Teh binti Jali dan Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih .
c ) 1 Minit . Contohnya , Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh i untuk berunding .
Latar Masyarakat
a ) Masyarakat intelektual . Contohnya , hakim , pendakwa raya dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual .
b ) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan . Contohnya , Tertuduh ii prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu .
c ) Masyarakat yang tetap pendirian . Contohnya , Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku bersalah .
Hakim
a ) Golongan intelektual .
b ) Pandai bergurau .
c ) Adil dan saksama .
Pendakwa Raya
a ) Tegas dengan hujahnya .
b ) Seorang yang terburu - buru ketika berhujah .
c ) Menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab .
a ) Keadilan . Contohnya , hakim membuat keputusan terhadap dengan adilnya dan saksamanya .
b ) Tanggungjawab . Contohnya , Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah .
c ) Ketegasan . Contohnya , hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh .
a ) Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas .
b ) Kita hendaklah prihatin terhadap keadaan haiwan yang berada di sekeliling kita .
c ) Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas .