TEMA
Keazamaan dan kesungguhan dalam mencapai cita - cita yang akhirnya membawa kejayaan .
PERSOALAN
a ) Kepentingan pelajaran dalam kehidupan . Contohnya , Zahar bertungkus lumus menjalani kursus di IKM dalam bidang pertukangan perabot .
b ) Percintaan dalam kalangan remaja . Contohnya , Zahar mencintai Suhaili secara diam - diam tetapi penghinaan yang diterimanya kerana mahu masuk IKM telah menguatkan azam dan cita - citanya untuk berjaya .
c ) Usaha membawa kejayaan . Contohnya , berkat usaha gigih menjalani kursus Pertukangan Perabot di IKM , Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah bengkel perabot di kampungnya .
WATAK DAN PERWATAKAN
Zahar
a ) Ayah Zahar telah meninggal dunia .
b ) Anak sulung Mak Kiah . Mempunyai dua orang adik lelaki iaitu Halim dan Zakri .
c ) Seorang yang gigih dan rajin . Dia gigih dan rajin membantu bapa saudaranya di bengkel perabot .
Norimi
a ) Berasal dari Johor .
b ) Mengambil kursus Lukisan Seni Bina di IKM .
c ) Seorang yang lemah lembut , cantik dan mempunyai perwatakan yang menarik .
LATAR : -
Latar Masa
a ) Masjid . Contohnya , tempat Zahar menunaikan solat maghrib dan isyak .
b ) City Point . Contohnya , tempat pertemuan antara Zahar dengan Suhaili .
c ) Rumah Zahar . Contohnya , Zahar dan Pak Yusuf diambil oleh Pak Usin untuk ke Sungai Petani .
Latar Masa
a ) Waktu siang . Contohnya , Zahar membantu Pak Yusuf di bengkel perabot .
b ) Waktu petang . Contohnya , Zahar pulang dari bengkel perabot pada waktu petang .
c ) Waktu tengah hari . Contohnya , Zahar makan tengah hari di rumah Pak Yusuf .
Latar Masyarakat
a ) Masyarakat yang saling membantu . Contohnya , Pak Yusuf telah menyumbangkan RM 5000 untuk Zahar membuka kedai perabotnya .
b ) Masyarakat yang hidup harmoni antara kaum . Contohnya Tauke Lim dapat hidup dengan harmoni dalam kalangan masyarakat Melayu .
c ) Masyarakat yang penyayang . Contohnya , Pak Yusuf menyayangi anak saudaranya , Zahar .
NILAI
a ) Kerajinan . Contohnya , Pak Yusuf rajin mengusahakan bengkel perabotnya walaupun usianya telah mencecah 60 - an
b ) Kerjasama . Contohnya , rakan - rakan Zahar bekerjasama membantu membina bengkel perabotnya .
c ) Ketabahan . Contohnya , Zahar tabah meneruskan cita - cita nya walaupun hidupnya dihimpit kemiskinan .
PELAJARAN
a ) Kita hendaklah setia dalam perhubungan . Contohnya , Zahar tetap setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba untuk berbaik - baik dengannya semula .
b ) Kita hendaklah tolong - menolong antara satu dengan yang lain . Contohnya , rakan - rakan Zahar telah menolongnya membuat bengkel pertukangan perabot kepunyaannya .
c ) Kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan . Contohnya , Mak Kiah bersyukur apabila mengetahui Zahar berjaya melanjutkan pelajaran ke IKM .