Antara punca kesesakan lalu lintas di jalan raya ialah disebabkan berlakunya kemalangan . Hal ini berlaku kerana kecuaian beberapa pengguna jalan raya yang menyebabkan berlakunya kemalangan . Kesannya , pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberikan laluan kepada penyelamat untuk membantu lalu ia menyebabkan kesesakan lalu lintas . Sebagai contoh , kesesakan lalu lintas yang berlaku di Kuala Lumpur baru - baru ini .
Seterusnya , apabila berlakunya kerosakan lampu isyarat . Hal yang demikian kerana terdapat beberapa atau segelintir pemandu tidak berkomunikasi secara baik dengan pemandu yang lain menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas . Misalnya , pemandu yang datang dari arah bertentangan . Oleh itu , jika terdapat kerosakan lampu isyarat , kita perlu segera melaporkan atau membuat aduan kepada pihak tertentu .
Akhir sekali , tidak menggunakan pengangkutan awam juga menjadi punca berlakunya kesesakan lalu lintas . Hal ini terjadi kerana sikap penduduk Malaysia suka menggunakan kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam . Contohnya , 70% daripada rakyat Malaysia lebih suka atau gemar memandu kenderaan sendiri manakala 30 % daripada rakyat Malaysia sering menggunakan pengangkutan awam . Oleh itu , kita perlulah menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan yang makin hari makin sesak ini .
GEORGETOWN , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya . Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil dari serbuan tersebut .
Jurucakap polis menyatakan siasatan tentang sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu . Menurut jurucakap itu lagi , beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut . Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau , iaitu melibatkan kes - kes rompakan dan curi kereta .
Hasil daripada maklumat orang ramai , pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Pahang . Lima orang ditahan dalam serbuan itu . Seorang daripadanya adalah mekanik . Polis menjumpai kepingan - kepingan pintu yang dicuri . Beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga pada bengkel tersebut .
Sementara itu , gerakan sedang polis jalankan untuk mencari seorang lelaki yang bernama Chia Pau . Suspek dikatakan boleh membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut . Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat lelaki berkenaan .
Syamil murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri . Dia agak lemah dalam pelajaran dan malas belajar . Dia ketinggalan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris , Matematik , Sains . Ayahnya selalu menasihati Syamil supaya rajin berusaha seperti peribahasa " belakang parang kalau diasah lagikan tajam " ?
Syamil menyedari kelemahannya dan berazam untuk memperbaiki kelemahan itu . Dia belajar dengan bersungguh - sungguh . Ayah Syamil sentiasa memberikan dorongan kepadanya di samping membelikan buku - buku rujukan untuk Syamil . Syamil semakin bersemangat untuk belajar . Dia tahu bahawa ilmu itu sangat penting .
Syamil mulai belajar mengikut jadual . Dia belajar pada waktu petang dan malam . Dirinya sungguh gembira apabila dapat menunjukkan peningkatan dalam akademik . Syamil juga telah mengikuti kelas - kelas tambahan di sekolah dan di pusat tuisyen . Segala kelemahannya dalam pelajaran sudah dapat diperbaiki dari semasa ke semasa . Hal ini terbukti apabila dia memperoleh markah yang tinggi dalam ujian bulanan .
Syamil berjaya memperbaiki segala kelemahan dirinya dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu . Dia merupakan antara sepuluh orang murid cemerlang dalam peperiksaan di sekolahnya .
Syamil memahami hakikat bahwa orang yang rajin dan berusaha bersungguh - sungguh akan berjaya seperti "belakang parang kalau diasah lagian tajam " . Ibu dan bapanya sangat gembira pabila Syamil mendengar nasihat mereka agar belajar dengan bersungguh - sungguh kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja .