PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. 

Untuk mak.umat lanjut dan informasi terkini sila layari https://pismp.moe.gov.my 

PENGANUGERAHAN IJAZAH

Seseorang pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.