PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di Sekolah Rendah dan di Sekolah Menengah (Mod Sepenuh Masa);
Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama (1 tahun / 3 semester) di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
SYARAT ASAS
Warganegara Malaysia;
Sihat fizikal dan mental;
Aktif ko-kurikulum; dan
Umur tidak lebih 35 tahun pada 30 Jun 2020.
CARA PERMOHONAN
Pihak KPM akan mengiklankan permnohonan menerusi Laman Sesawang KPM dan pengambilan akan dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan dan unjuran yang ditetapkan oleh KPM
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat : https://mypdpp.moe.gov.my
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://mypdpp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup
Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.