Unit Pengembangan Profesionalisme Akademik
UNIT PENGEMBANGAN PROFESIONALISME AKADEMIK merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Kecemerlangan Akademik yang berperanan untuk:
Memantau semua aktiviti unit secara bersepadu untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme akademik pensyarah dan pelajar.
Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti akademik yang menyokong ke arah pengembangan profesionalisme pensyarah dan pelajar.
Memperkukuh pembudayaan amalan pedagogi masa kini di institut.
Memantapkan profesionalisme pensyarah dan pelajar ke arah meningkatkan kualiti akademik, profesionalisme dan kepimpinan akademik.