Unit Pengurusan Akademik
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Kecemerlangan Akademik yang berperanan untuk:
Menyelaras aktiviti pengurusan akademik di IPG berdasarkan garis panduan IPGM, prosedur MS ISO dan MQA;
Memantau pengurusan proses reka bentuk kurikulum;
Menyelaras dan melaksanakan semakan proses kerja pelaksanaan kurikulum secara berkala;
Memantau pengurusan sistem pembelajaran digital dan menganalisis keberkesanannya.