Kata adjektif ukuran digunakan untuk memberi pengertian ukuran kepada kata nama.
tebal, gemuk, panjang, nipis, kurus, pendek, tinggi, kecil
Badan Suzy kelihatan semakin kurus kerana dia mengamalkan diet yang seimbang.
Buku cerita adaptasi daripada filem Harry Potter itu sangat tebal.
Kertas yang nipis itu menyukarkan saya untuk menulis.