Kata adjektif sifat ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan keadaan/sifat sebagai unsur keterangan kepada kata nama.
nakal, pintar, kuat, keras, lemah, cergas, baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang
Faiz lemah dalam mata pelajaran Matematik kerana dia tidak menyukai subjek itu.
Peserta rejam lebing itu kelihatan sangat cergas.
Haziq dan rakannya sering dimarahi oleh guru disiplin kerana mereka bersikap nakal di sekolah.