Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan.
takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu, marah
Ibu masih berasa marah kepada saya kerana kejadian malam semalam.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuatkan kami sekeluarga amat rindu akan kampung halaman.
Gadis itu masih malu untuk bersuara.