MELALUI WEBSITE INI CIKGU AKAN BERKONGSI KEPADA KAMU SEMUA MAKLUMAT BERKAITAN KATA ADJEKTIF.
Kata adjektif merupakan salah satu subjek dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kata adjektif adalah jenis kata dalam bahasa yang digunakan untuk memberikan deskripsi atau sifat kepada benda, orang, atau konsep lain dalam sesuatu ayat atau kalimat. Kata adjektif berperan untuk memberikan maklumat tambahan tentang objek yang disebutkan dalam kalimat. Ia membantu kita untuk lebih memahami atau menggambarkan sesuatu dengan lebih jelas.
Kata ini juga boleh boleh disertai dengan kata penguat seperti “sangat”, “amat, dan “paling.”
Terdapat 9 jenis kata adjektif iaitu kata adjektif sifat, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif perasaan, dan kata adjektif pancaindera. Untuk maklumat lanjut, sila telusuri menu di bawah.
Murid dapat memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks.