INFO KURIKULUM SMKDLP
INFO KURIKULUM SMKDLP
SENARAI KANDUNGAN 2024
11 MEI 2026 - Satu sesi Dialog Prestasi Akademik (DPA) SPM 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 11 Mei 2026 bersamaan dengan hari Isnin. Sesi yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengetua.
Program ini turut dihadiri oleh jemputan khas, En. Junid selaku SISC+ Bahasa, bagi memberikan khidmat nasihat, perkongsian strategi, serta input kepakaran demi melonjakkan kecemerlangan keputusan SPM 2026.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kehadiran semua pihak dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid.
28 APRIL 2026 - Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) SMKDLP
Satu aktiviti PLC telah diadakan bertempat di PBC SMKDLP. Program ini bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir pada jam 2.00 petang. Komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua ahli dengan mencatatkan kehadiran penuh.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Khairudin bin Abu Bakar atas perkongsian kepakaran yang sangat bermanfaat ini.
30 APRIL 2026 - Program Pengukuhan Bahasa Inggeris: "Proficiency Plus Form 4" Pada 30 April 2026, seramai 22 daripada 34 orang murid kelas 4 STEM 3 telah menyertai program "Proficiency Plus Form 4". Sesi yang berlangsung dari jam 1.05 petang hingga 2.05 petang ini diadakan di Bilik Tayangan. Fokus utama slot kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan latih tubi bagi persediaan Paper 1 dan Paper 2.
Penghargaan
Terima kasih kepada semua murid dan guru yang terlibat.
28 APRIL 2026 - Panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan Kelas Bimbingan Berfokus yang melibatkan murid-murid Tingkatan 1.
Ringkasan Program:
Aktiviti: Kelas Bimbingan Berfokus Bahasa Inggeris
Tarikh: 28.04.2026 (Selasa)
Masa: 11.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Impak: Meningkatkan pemahaman murid terhadap format ujian terkini dan memupuk minat yang lebih mendalam terhadap Bahasa Inggeris.
Penghargaan
Terima kasih kepada guru Bahasa Inggeris yang terlibat.
23 APRIL 2026 - Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM 2026 bagi kedua-dua sesi pagi dan petang. Program ini bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan murid serta menyokong agenda kelestarian tabiat membaca sepanjang hayat.
Butiran majlis adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
Tempat: Dewan Pahlawan
Masa: 7:45 Pagi (Sesi Pagi); 12:45 Tengah Hari (Sesi Petang)
Penghargaan
Terima kasih kepada barisan pentadbir, semua guru PSS, pengawas PSS, guru-guru dan murid yang terlibat.
27 APRIL 2026 - Program Mathpro 2.0 anjuran Panitia Sains dan Matematik telah diadakan melibatkan 36 orang murid kelas 5 STEM 1 hingga 5 KS 3. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan asas penguasaan matematik bagi 6 tajuk fokus.
23 APRIL 2026 - Program Jom Membaca 10 minit telah dijalankan melibatkan semua murid SMK Dato Lela Pahlawan. Semua murid dan guru diminta untuk mengambil masa pdp dan menjalankan program ini di dalam kelas masing-masing.
Penghargaan
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.
11 OKTOBER 2025 - Majlis Anugerah Cemerlang SMK Dato Lela Pahlawan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 11 Oktober 2025 bertempat di Dewan Pahlawan. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kepimpinan sepanjang tahun persekolahan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Encik Mohd Anuar bin Nordin, Chief Agency Manager, Zurich Takaful Sungai Petani, yang telah merasmikan majlis tersebut. Kehadiran beliau bukan sahaja menaikkan seri acara, malah turut memberikan suntikan semangat kepada para pelajar melalui ucapan motivasi yang disampaikan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu, yang menunjukkan sokongan padu pihak PPD terhadap usaha sekolah dalam melahirkan pelajar cemerlang dan berdaya saing.
Pelbagai anugerah telah disampaikan, antaranya Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran, Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Tokoh Nilam. Penyampaian anugerah berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan menyentuh hati, terutamanya bagi para ibu bapa dan guru yang hadir.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya dalam mengiktiraf dan menyuntik motivasi kepada para pelajar. Pihak sekolah berharap agar penganjuran majlis sebegini dapat terus menjadi pemangkin kecemerlangan dalam kalangan warga SMK Dato Lela Pahlawan.
24 JUN 2025 - Sekolah telah menganjurkan Pusingan Awal Dare To Spell 2025 di perpustakaan. Seramai 11 orang murid telah menyertai pertandingan ini, menunjukkan kemahiran mengeja dan semangat yang tinggi. Program ini memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan diri dan bersedia untuk peringkat seterusnya.
Penghargaan
Terima kasih kepada Teacher Anila Devi atas komitmen yang telah diberikan untuk melatih para murid.
11 SEPTEMBER 2024 - Pameran "Merdeka" RBT bertempat di Bengkel RBT, SMK Dato Lela Pahlawan. Pameran telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Tuan Pengetua SMKDLP. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah menghasilkan rekaan yang kreatif dan inovatif.
15 MEI 2024 - Pada Rabu yang lepas telah berlangsungnya Program Kolaborasi Permata SRT yang dianjurkan oleh Panitia SRT SMKDLP dengan kerjasama UNISHAMS. Program ini telah dijalankan di Fakulti Kuliyyah Hospitaliti dan Seni Kreatif UNISHAMS melibatkan pelajar tingatan 4 dan tingkatan 5 aliran Sains Rumah Tangga.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu asas penyediaan masakan barat serta penetapan peranggu meja untuk hidangan barat, melayu, cina dan india.
Turut menghadiri program ini ialah Yang Berusaha Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, dan GK Teknik dan Vokasional. Pihak sekolah juga berbesar hati menerima kunjungan mantan PK Pentadbiran iaitu Cikgu Mohamad Zakuan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UNISHAMS atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi ilmu dengan murid SMKDLP.
15 JUN 2024 - Telah berlangsungnya Tuisyen Keda Pendidikan Islam pada jam 10 pagi hingga 11.30 pagi.
20 JUN 2024 - Satu bengkel teknik menjawab bagi MP Matematik Tambahan telah diadakan di Anjung Pahlawan bermula jam 2 petang sehingga 4 petang.
13 JUN 2024 - Jabatan Teknik Vokasional SMKDLP telah menjalankan Post Mortem Siri 1 bagi kelas tambahan MPEI yang telah dijalankan.
12 JUN 2024 - Berlangsungnya taklimat kerja kursus bagi subjek SRT dan Pertanian yang melibatkan pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek tersebut.
4 - 9 JUN 2024 - Pihak sekolah melaksanakan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) PPT bagi pelajar Tingkatan 5 dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Semua guru panitia Bahasa Inggeris sesi pagi SMKDLP terlibat dalam melaksanakan dan memastikan ujian ini berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga berharap agar pelajar-pelajar Tingkatan 5 2024 SMKDLP mampu menjawab ujian ini dengan jayanya. You can do this!
27 APRIL 2024 - Sabtu lepas telah berlangsungnya Kelas Tambahan MPEI SPM yang melibatkan pelajaran Tingkatan 5. Kelas tambahan ini dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang.
29 APRIL 2024 - Pusat Sumber Tun Sri Lanang, SMKDLP telah menganjurkan Majlis pelancaran Nilam dan TVPSS yang melibatkan murid sesi pagi dan sesi petang. Majlis ini telah diadakan di Dewan Pahlawan. Bagi sesi pagi, majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Ayob Khan bin Ahmad manakala bagi sesi petang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosmizan.
28 APRIL 2024 - Kelas Polus Sejarah telah dijalankan. Antara guru yang terlibat ialah Pn Kristine Sandra dan Pn Nik Zahira.
25 APRIL 2024 - Seramai 21 orang murid POCER Sejarah terlibat dengan taklimat ini yang bertempat di Dewan Pahlawan SMKDLP. Taklimat ini dikendalikan oleh guru-guru dari Panitia Sejarah.
📍SMK Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan,
09400 Padang Serai,
KEDAH DARUL AMAN
📞 + 604-4857140
✉️ kea5025@moe.edu.my