SEJARAH SEKOLAH
SMK DATO' LELA PAHLAWAN
SEJARAH SEKOLAH
SMK DATO' LELA PAHLAWAN
SEJARAH SEKOLAH
SMK Dato’ Lela Pahlawan
Januari 1985
• Dikenali sebagai SM Padang Serai II dan menumpang di SK Guar Lobak, Padang Serai.
Pertengahan 1986
• Berpindah ke bangunan sendiri di mukim Sidam Kanan dengan keluasan 3024 hektar.
Februari 1995
• Ditukar nama kepada SM Dato’ Lela Pahlawan sempena gelaran Orang Besar 4 Negeri Kedah.
1997
• Selaras dengan Pekeliling KPM, semua sekolah ditambah perkataan ‘kebangsaan’. Oleh itu, sekolah dikenali sebagai SMK Dato’ Lela Pahlawan.
1998
• Kelas aliran sains diperkenalkan.
2001
• Satu blok bangunan 3 tingkat di bina (Blok D).
2002
• Terbinanya asrama sekolah yang mampu menampung 150 penghuni dan makmal komputer yang serba lengkap.
2003
• Dikenali sebagai Sekolah Projek Sukan Daerah Kulim Bandar Baharu.
2004
• Mata pelajaran vokasional (MPV) menservis automobil diperkenalkan.
2010
• Menyambut perayaan Jubli Perak. Mendapat satu blok bangunan 3 tingkat (Blok E) & Galeri Pahlawan yang memuatkan sejarah dan kenangan SMKDLP. Menyediakan kemudahan kedai untuk memfotostat dan menjilid.
• 4 April 2010 – Perasmian bangunan baru (Blok E), Galeri Pahlawan dan Bilik Sumber Maklumat oleh Encik Osman bin Noor, Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum, JPN Kedah yang mewakili Yang Berbahagia Tuan Haji Rooslee bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Kedah.
2011
• Membaik pulih tangga antara Blok B dan C.
• Menaiktaraf Surau Al-Husna.
• Membina laluan pejalan kaki berbumbung.
• Mewujudkan bilik rawatan pergigian.
2012
• Pembinaan Dewan Pahlawan dan Padang Hoki ‘Turf D’Lela’.
• 15 April 2012 – Perasmian Laman Inspirasi oleh Ketua Jemaah Nazir Kedah.
• 12 September 2012 – Penyerahan Dewan Pahlawan kepada pihak sekolah.
2014
• Pembinaan Bilik PIBG Sekolah.
2016
• Pembinaan astaka sumbangan daripada Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain, Exco Pendidikan Negeri Kedah.
2017
• Pembinaan Bilik Guru Disiplin.
• Menaik taraf bilik guru.
• Penamaan semula Bilik Seminar (Anjung D’lela) dan Bilik Mesyuarat (Anjung Pahlawan).
2018
• Pembinaan Pondok Bacaan.
2019
• Pembinaan garaj motosikal dan basikal.
• Pembinaan laman belajar di depan surau dan koperasi.
2020
• Naik taraf jalan masuk utama sekolah (penurapan jalan).
• Naik taraf bumbung, kipas dan lampu kantin.
2022
• Naik taraf tandas guru.
📍SMK Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan,
09400 Padang Serai,
KEDAH DARUL AMAN
📞 + 604-4857140
✉️ kea5025@moe.edu.my