Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di SMK Dato Lela Pahlawan (SMKDLP). Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga SMKDLP khususnya pendidik bertindak sebagai arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum.
Matlamat utama sekolah adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan peningkatan pencapaian murid ke satu tahap yang dapat mencapai KPI sekolah, memperkasa STEM agar murid mampu bersaing hingga ke peringkat tertinggi. Pembudayaan PdPc, PAK21, PBD dan PLC yang berkesan diharap membantu melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penanda aras kepada kejayaan dan keberhasilan usaha-usaha yang cekap dan berkesan adalah melalui Kemenjadian Murid.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga SMKDLP, akan sentiasa berusaha secara optimum untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga SMKDLP harus berfikiran positif, berintegriti dan menerima dengan minda yang terbuka serta penuh iltizam demi mencapai misi dan visi sekolah. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
‘MALAYSIA MADANI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG’
Saya yang menjalankan amanah,
(ISHAK BIN AMIN)
PENGETUA
SMK DATO LELA PAHLAWAN
📍SMK Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan,
09400 Padang Serai,
KEDAH DARUL AMAN
📞 + 604-4857140
✉️ kea5025@moe.edu.my