INFO KOKURIKULUM SMKDLP
INFO KOKURIKULUM SMKDLP
SENARAI KANDUNGAN 2024-2025
10 Ogos 2025 - Murid-murid SMK Dato Lela Pahlawan yang terdiri daripada pasukan bomba sekolah telah menyertai Pertandingan Aspec Challenge dan Kawad Operasi Kering anjuran Kadet Bomba. Penyertaan ini bertujuan untuk melatih disiplin, kemahiran berpasukan, dan pengetahuan praktikal berkaitan keselamatan dan operasi bomba.
Keputusan
Murid-murid sekolah telah mengambil bahagian dalam kategori berikut:
Aspec Challenge – Pasukan sekolah berjaya meraih Tempat Ketiga (🥉), menunjukkan kecekapan dan semangat kerjasama dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan.
Kawad Operasi Kering – Murid-murid turut mengambil bahagian dalam persembahan kawad, mempamerkan disiplin, ketepatan, dan latihan berpasukan. Walaupun hanya penyertaan, namun pengalaman yang diperoleh sangat bernilai.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada Puan Nadia dan Cik Farah Aimi atas komitmen yang telah diberikan dalam pertandingan ini.
9 OGOS 2025 - Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lela Pahlawan telah menyertai Pertandingan Pergerakan Puteri Islam (PPIM) sempena ‘Hari Puteri’ peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Penyertaan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, kemahiran insaniah, dan semangat kerjasama dalam kalangan murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum berasaskan agama dan budaya.
Penyertaan Murid SMK Dato Lela Pahlawan
Murid-murid dari sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa kategori pertandingan seperti berikut:
Rekabentuk Multimedia – Murid menunjukkan kreativiti dalam penghasilan karya multimedia yang menarik dan informatif.
Selawat – Pasukan selawat sekolah telah berjaya meraih Tempat Kelima, menunjukkan kemampuan mereka dalam persembahan berkumpulan dengan penghayatan yang baik.
Buku Skrap Anyaman – Murid menghasilkan buku skrap yang kreatif dengan teknik anyaman, mempamerkan kemahiran tangan dan kreativiti.
Penyediaan Kuih Karipap – Aktiviti memasak ini memberi peluang kepada murid mempraktikkan kemahiran kulinari serta pengetahuan mengenai tradisi dan budaya makanan Melayu.
9 Ogos 2025 - Pasukan ragbi dari daerah Kulim Bandar Baharu telah menyertai Kejohanan Ragbi MSSK yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. SMK Dato’ Lela Pahlawan telah menghantar seramai 7 orang pelajar untuk mewakili daerah dalam kategori Lelaki Bawah 18 (U18).
Hasil daripada usaha gigih dan latihan yang berterusan, pasukan daerah Kulim Bandar Baharu berjaya meraih Tempat Ketiga dalam kategori U18. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan sekolah, tetapi juga mengharumkan nama daerah dalam sukan ragbi di peringkat MSSK.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada En. Khairul Hisham atas komitmen padu sebagai jurulatih team Ragbi D'lela.
9 OGOS 2025 - Tahniah buat pasukan kriket SMK Dato’ Lela Pahlawan yang telah menyertai Kejohanan Kriket peringkat MSSK. Walaupun sukan ini masih baharu di sekolah, pasukan telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin, dan kerjasama yang mantap sepanjang pertandingan. Hasil daripada usaha gigih dan latihan berterusan, pasukan kriket sekolah berjaya meraih Tempat Naib Johan, satu pencapaian yang membanggakan.
3 Ogos 2025 - Seorang murid SMK Dato’ Lela Pahlawan telah mengambil bahagian dalam Cabaran Cerdik Google peringkat PKG Padang Serai. Penyertaan ini memberi peluang kepada para murid untuk menguji kemahiran teknologi, kreativiti, dan keupayaan berfikir secara kritis dalam suasana yang kompetitif.
Pasukan sekolah telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang pertandingan. Dengan usaha, fokus, dan semangat berpasukan yang tinggi, mereka telah berjaya meraih Tempat Ketiga. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan murid, malah turut mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.
26 JULAI 2025 - Tahniah diucapkan kepada Shanmugam a/l Sathasivam daripada kelas 3 Fatan yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Silambam yang dianjurkan di Dewan Muneswarar, Taman Keladi, Sungai Petani. Murid ini telah mendapat tempat kedua dan keempat dalam acara yang telah dipertandingkan pada peringkat Negeri Kedah.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan murid dalam mempamerkan kemahiran Silambam, disiplin, dan semangat juang walaupun ia merupakan sukan yang mencabar.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada peserta kerana telah mencapai pencapaian yang membanggakan. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa murid ini kerana telah memberikan sokongan padu dengan mengiringi murid untuk menyertai pertandingan anjuran pihak luar.
24 JULAI 2025 - Vinisha a/p Muniandy (2F) dari SMK Dato’ Lela Pahlawan telah mewakili sekolah dalam Karnival Bahasa Tamil Peringkat Negeri Kedah.
Pencapaian
Pertandingan: Melafaz Thirukural
Keputusan: Tempat Ketiga 🥉
Vinisha menunjukkan bakat dan dedikasi dalam menguasai pengucapan Thirukural, sekaligus membanggakan sekolah dalam arena bahasa dan budaya Tamil.
23 JULAI 2025 - Pasukan hoki SMK Dato’ Lela Pahlawan telah menyertai Kejohanan Hoki MSSK bagi kategori Lelaki dan Perempuan bawah 18 tahun.
Pencapaian
🥈 Naib Johan Lelaki B18 (17 pelajar lelaki)
🥈 Naib Johan Perempuan B18 (11 pelajar perempuan)
Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang, kerjasama dan disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan, membanggakan sekolah dan warga pendidik.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan tahniah kepada semua pemain atas usaha dan dedikasi mereka, serta ucapan terima kasih kepada guru pengiring dan jurulatih yang telah membimbing pasukan dengan penuh komitmen.
22 JULAI 2025 - Pada tahun 2025, pasukan bola jaring SMK Dato’ Lela Pahlawan telah menyertai Kejohanan Bola Jaring MSSD bagi kategori B15(A), B15(B) dan B18. Penyertaan ini memberi peluang kepada murid menunjukkan kemahiran, semangat berpasukan dan dedikasi dalam sukan bola jaring.
Keputusan Pertandingan
B15(A) – Kelayakan ke Suku Akhir
SMKDLP vs MRSM PDRM: 4 – 8
B15(B) – Suku Akhir
SMKDLP vs SMK Badlishah: 6 – 7
B18
Tempat Ketiga 🏆
SMKDLP vs SMKK: 4 – 10
17 Julai 2025 - Pada 16 hingga 17 Julai 2025, pasukan Kawad Kaki SMK Dlela telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki DKBB yang berlangsung di SK Jalan Paya Besar. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran getir, semua platun telah menunjukkan disiplin tinggi, semangat juang yang tinggi, serta komitmen yang membanggakan sepanjang pertandingan.
Pencapaian Pasukan
Berikut adalah keputusan pasukan SMK Dlela dalam pertandingan:
KRS Putera – Tempat Ketiga
KRS Puteri – Tempat Keempat
Pengakap Putera – Naib Johan
Pengakap Puteri – Tempat Ketiga
KASPA Putera – Naib Johan
JPJ Puteri – Tempat Kelima
Selain itu, Ketua Platun Terbaik telah dimiliki oleh KASPA Putera, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan prestasi cemerlang semasa pertandingan.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat:
Pasukan Kawad Kaki atas usaha, disiplin, dan semangat juang yang tinggi.
Tuan Pengetua dan barisan pentadbiran atas sokongan padu terhadap pasukan.
Penyelaras merangkap SU Kokurikulum serta semua guru penasihat dan jurulatih yang komited dalam melatih, membimbing, dan menguruskan platun.
Waris murid atas sokongan moral yang diberikan sepanjang latihan dan pertandingan.
16 JULAI 2025 - Pasukan kriket sekolah telah menyertai Kejohanan Kriket MSSDKBB 2025. Walaupun sukan kriket merupakan aktiviti baru ditubuhkan di sekolah, pasukan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan berjaya meraih Tempat Ketiga dalam kejohanan tersebut.
Pihak sekolah merakamkan tahniah kepada semua pemain dan guru pengiring atas usaha dan dedikasi mereka. Sokongan dan bimbingan guru serta semangat juang murid-murid telah menjadi kunci kepada pencapaian ini.
1 Julai 2025 - Seramai 18 orang murid dari SMK Dato' Lela Pahlawan telah menyertai Pertandingan Koakademik Choral Speaking 2025 peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu (DKBB). Pertandingan ini telah berlangsung di SK Permatang Pasir dan menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai sekolah dalam daerah.
Pencapaian Pasukan
Dalam pertandingan tersebut, pasukan sekolah telah menunjukkan persembahan yang bertenaga, teratur dan penuh ekspresi. Hasil usaha gigih latihan dan semangat berpasukan, pasukan Choral Speaking sekolah telah berjaya meraih:
🏅 Tempat Ke-4
Pencapaian ini membuktikan kemampuan murid dalam menguasai kemahiran berbahasa, sebutan yang baik serta koordinasi kumpulan.
Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada guru pengiring, iaitu Pn. Zarina dan Pn. Anila Devi atas bimbingan, sokongan dan dedikasi mereka sepanjang sesi latihan dan penyertaan pertandingan.
1 Julai 2025 - Pasukan hoki SMK Dato’ Lela Pahlawan telah menyertai Kejohanan Hoki peringkat MSSD Daerah Kulim Bandar Baharu (DKBB) 2025. Kejohanan ini menghimpunkan pasukan terbaik daripada pelbagai sekolah dalam daerah dan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.
Pasukan sekolah berjaya membawa pulang keputusan berikut:
🥇 Johan Keseluruhan Lelaki Bawah 18 (L18)
🥇 Johan Keseluruhan Perempuan Bawah 18 (P18)
🥇 Pemain Terbaik Lelaki & Perempuan
🥇 Pemain Harapan Lelaki & Perempuan
🥇 Penjaga Gol Terbaik Lelaki & Perempuan
26 Jun 2025 - Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah menyertai Mini Karnival KRS peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Program ini menghimpunkan pelbagai acara berkaitan kemahiran ikhtiar hidup, kepimpinan dan asas ketenteraan. Penyertaan KRS sekolah tahun ini membuahkan hasil yang membanggakan dengan kejayaan dalam beberapa kategori pertandingan.
Pencapaian Pasukan
Pasukan KRS sekolah telah memperoleh keputusan berikut:
Naib Johan (Tempat Kedua) – Gajet Perkhemahan Kadet Puteri
Tempat Keempat – Gajet Perkhemahan Kadet Putera
Naib Johan (Tempat Kedua) – Masakan Rimba Kadet Putera
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, kreativiti dan kemampuan murid dalam mengaplikasikan kemahiran perkhemahan serta kerja berpasukan.
28 Mei 2025 - Pihak sekolah dengan bangganya mengumumkan bahawa seorang murid iaitu Aina Batrisyia, telah berjaya mendapatkan Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah (KRS) peringkat Negeri Kedah. Kem tersebut diadakan pada 25 Mei 2025 hingga 28 Mei 2025 dan melibatkan pelbagai komponen penilaian fizikal, teori serta kepimpinan.
27 Mei 2025 - SMK Dato’ Lela Pahlawan telah mengambil bahagian dalam Karnival STEM Daerah Kulim Bandar Baharu yang bertemakan “Innovators of Tomorrow.” Karnival ini menghimpunkan sekolah-sekolah dalam daerah bagi mempamerkan inovasi serta kreativiti murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
26 Mei 2025 - Pasukan ragbi sekolah menunjukkan prestasi cemerlang sejak pusingan awal lagi, dengan strategi permainan yang mantap dan kerjasama pasukan yang kukuh. Mereka berjaya mengatasi setiap lawan dengan penuh semangat kesukanan serta disiplin tinggi. Keputusan penuh adalah seperti berikut:
Dlela 16:23 Lunas
Dlela 47: 5 Smk Sultan Badlishah
Dlela 17:14 Kv Kulim
Dlela 53 :19 MRSM PDRM
Dlela Naib Johan Cup MSSD RAGBI! Tahniah diucapkan kepada pasukan Ragbi D'lela.
17 Mei 2025 - Dua orang pelajar SMKDLP telah menghadiri kursus kenaikan pangkat bagi badan beruniform Kadet Remaja Sekolah dan keputusannya adalah seperti berikut:
NURUL AINA BATRISYIA BINTI AHMAD SHUKOR telah lulus dan berjaya memegang pangkat Sarjan
MUHAMMAD IMAN AFIQ BIN NASRULAZHAN telah lulus dan berjaya memegang pangkat Koperal Daerah.
20 Februari 2024 - Acara Road Run 2025 telah diadakan melibatkan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu L18, P18, L15 dan P15. Setiap kategori dimenangi oleh 20 orang pemenang.
14 September 2024 - Kedah Scout Day Out 2024
🌻10 orang - Peserta dapat pencapaian Perak aktiviti berpengkalan ( Peringkat Negeri )
🌻Seorang Peserta nyanyian lagu Bebas - Humaira 2A - Johan ( Peringkat Negeri )
19 Oktober 2024 - Seramai 10 orang murid pasukan pengakap SMKDLP terlibat dalam Jota Joti Pengakap 2024 peringkat kebangsaan.
23 November 2024 - Dua orang murid SMKDLP telah melibatkan diri dalam perkhemahan Kenaikan Pangkat Kadet Bomba dan Penyelamat di SMK Sungai Pasir 21-23/11/2024.
11 - 12 OGOS 2024 - Pasukan kawad kaki SMKDLP telah menghadiri Pertandingan Kawad Kaki DKBB yang telah diadakah di SK Jalan Paya Besar. Tahniah dicupakan kerana telah berjaya dalam pertandingan kawad kaki peringkat daerah.
Untuk pengetahuan semua, SMKDLP telah menghantar 3 pasukan badan beruniform bagi menyertai pertandingan. Berikut adalah keputusan pertandingan:
PENGAKAP DAN KRS - Naib Johan kategori lelaki
KASPA - Tempat ke-4 kategori perempuan GO
3 OGOS 2024 - Pada hari Sabtu yang lalu, Unit Kokurikulum sekolah telah menganjurkan satu kursus untuk memberi pendedahan kepada murid tentang gerakan yang betul dalam kawad kaki.
Kursus ini juga diadakan sebagai persiapan bagi menyertai pertandingan kawad kaki yang akan berlangsung pada 11-12 Ogos 2024 di SK Jalan Paya Besar.
Program bermula dengan pendaftaran pelajar seawal jam 8 pagi di perkarangan luar pejabat sekolah.
21 JULAI 2024 - Tahniah diucapkan kepada dua orang murid yang mewakili sekolah ke peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu iaitu Nurbatrisyia Balqis binti Faiz dari kelas 1 Dedikasi atas pencapaian tempat ke-3 bagi pertandingan Video TVPSS.
Seterusnya. tahniah juga buat Nur Anis Natasya Binti Mohamad Foyzi dari kelas 4KS1 kerana menyandang tempat ke-4 bagi pertandingan buku peringkat DKBB.
Hebat sekali! Kemenangan anda tidak datang dengan mudah, tetapi anda telah menunjukkan kemampuan dan kegigihan yang luar biasa. Semoga ini menjadi awal dari banyak pencapaian yang lebih besar lagi.
15 JULAI 2024 - Baru-baru ini telah berlangsungnya Festival Insaniah Asrama DKBB 2024 yang bertempat di SMK Badlishah.
Keputusan penuh :
Hafazan Perempuan: Naib Johan
Khutbah: Tempat Keempat
Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kejayaan pelajar Asrama D'Lela
11 JULAI 2024 - Keputusan rasmi Kejohanan Bola Tampar MSSDKBB2024
Tempat: Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu Serdang Kedah
Tarikh: 10-11/7/2024
*Tempat Ketiga kategori P18
* Suku akhir kategori lelaki L18
Alhamdulillah, terima kasih untuk semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kejayaan pelajar D'Lela
4 JULAI 2024 - Penyandang Johan untuk Pertandingan Penyediaan pondok seminggu. Tahniah kepada wakil pasukan Bomba sekolah atas pencapaian ini!
13 JUN 2024 - Pasukan Ragbi SMKDLP telah dinobatkan sebagai Johan peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu yang mana berjaya menumpaskan juara bertahan 6 tahun berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Ali Firdaus pemain terbaik U18
8 JUN 2024 - Keputusan rasmi Pertandingan Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu Serdang Kedah 2024 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu Serdang Kedah
* Naib Johan (DLP Team A)
* Suku akhir (DLP Team B)
DLP Team A layak untuk mewakili Daerah Bandar Baharu ke peringkat Negeri 🎉🎉
Alhamdulillah, terima kasih untuk semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kejayaan pelajar D'Lela
19 MEI 2024 - telah berlangsungnya HIP FIESTA 2024 di Kulim Central pada 19 Mei 2024. Dua orang murid, Maihani dan Amelya dari tingkatan 4 telah memenangi tempat kedua bagi pertandingan melukis poster.
KEPUTUSAN MERENTAS DESA di SMK Labu Besar
P15 - Tempat Pertama
L15 - Tempat Pertama
P18 - Tempat Ketiga
L18 - Tempat Ketiga
20 APRIL 2024 - Sabtu lepas, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa SMKDLP tahun 2024 yang melibatkan semua pelajar SMK Dato Lela Pahlawan. Bermula pada jam 7.30 pagi, murid telah berkumpul di Dataran di hadapan Blok A untuk melakukan aktiviti senamrobik sebelum acara merentas desa. Kejohanan ini tamat kira-kira jam 10 pagi dan diteruskan pula dengan majlis penyampaian hadiah.
📍SMK Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan,
09400 Padang Serai,
KEDAH DARUL AMAN
📞 + 604-4857140
✉️ kea5025@moe.edu.my
"RISE UP TOGETHER"