INFO HAL EHWAL MURID
INFO HAL EHWAL MURID
SENARAI KANDUNGAN 2024-2025
21 Mei 2026 - Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan satu mesyuarat yang melibatkan guru-guru AJK Keselamatan Sekolah. Mesyuarat ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Anjung Pahlawan.
21-22 Mei 2026 - Asrama Dlela telah mengadakan kem kepimpinan yang bertempat di Kem Motivasi Bukit Besar, Kulim. Terima kasih diucapkan kepada para guru pengiring merangkap Warden Asrama iaitu Pn. Norhayati, Pn. Aishah, En. Qusyairi, Pn. Sofiah dan En. Faizal.
4 Mei 2026 - Satu pentaksiran psikometrik ITP telah dijalankan melibatkan murid tingkatan 2. Pentaksiran Inventori Tret Personaliti (ITP) ialah alat psikometrik yang digunakan untuk mengukur 15 konstruk personaliti dan satu konstruk ketelusan . Ujian ini membantu pelajar, guru, dan ibu bapa membuat keputusan dalam memilih kerjaya yang selaras dengan tret personaliti individu untuk masa depan
9 April 2026 - Majlis Sambutan Hari Raya telah disambut dengan meriah melibatkan semua guru, murid sesi pagi dan sesi petang. Sebelum memulakan sambutan, Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Hadis 40 diadakan terlebih dahulu yang dipimpin oleh Ustaz Nurudin dan pengawas sekolah.
Gambar di atas: SAMBUTAN BERSAMA MURID SESI PAGI
Gambar di atas: SAMBUTAN BERSAMA MURID SESI PETANG
2 APRIL 2026 - Sempena Hari Raya yang telah disambut oleh semua umat Islam, SMKDLP akan mengadakan sambutan hari raya yang melibatkan semua warga sekolah. Mesyuarat bersama-sama dengan guru diadakan untuk membincangkan hal ehwal sambutan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua SMKDLP
17 Mac 2026 - Majlis Penutup Ihya Ramadan telah dijalankan secara satu sesi di mana murid sesi petang bertempat di Perkarangan Surau, manakala murid sesi pagi bertepat di Dewan Pahlawan. Pada akhir majlis ini, duit raya telah diagihkan kepada para murid oleh guru kelas masing-masing.
Gambar di atas: MURID SESI PETANG
Gambar di atas: MURID SESI PAGI
2 MAC 2026 - Sempena bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam bersama-sama dengan Jabatan Kemanusiaan telah mengadakan beberapa program Ihya Ramadan. Antaranya, solat Dhuha berjemaah, tadarus Al-Quran melibatkan guru dan murid dan banyak lagi.
Kebanyakan program yang dijalankan bertempat di Surau Al-Husna. Program ini bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Solat Dhuha Berjemaah
Tadarus Al-Quran
Ceramah Ihya Ramadan dan Program Motivasi Remaja
12 Februari 2026 - Program ini menyasarkan semua murid tingkatan 1 SMKDLP dan merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai murni dan mengajar murid untuk menghayati adab-adab semasa berada di sekolah seperti adab bersama guru, rakan dan banyak lagi.
7 Februari 2026 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDLP telah menganjurkan ceramah yang menyasarkan murid asrama SMK Dato Lela Pahlawan. Ceramah ini bertujuan untuk membendung gejala negatif seperti buli daripada menjadi satu norma dalam kalangan murid.
2 Februari 2026 - Satu pemeriksaan telah dijalankan ke atas motor murid SMKDLP yang dilakukan oleh guru-guru disiplin. Pemeriksaan ini dijalankan bertujuan untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.
27 November 2025 - Aktiviti Swing Bucket anjuran Panitia Sains telah diadakan melibatkan murid-murid tingkatan 3. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk membina Swing Bucket yang kukuh. Kumpulan yang berjaya membina buaian yang paling kukuh dinobatkan sebagai juara. Diharapkan program ini dapat memupuk nilai kerjasama dalam pasukan dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal.
19 November 2025 - Aktiviti Survival anjuran unit bimbingan dan kaunseling telah diadakan melibatkan murid-murid tingkatan 3. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk memasak ayam dan telur.
Aktiviti survival ini telah memberi pengalaman baharu dan berharga kepada murid Tingkatan 3. Mereka bukan sahaja memperoleh kemahiran ikhtiar hidup, tetapi juga menunjukkan kerjasama yang tinggi dan semangat yang positif.
30 September 2025 - Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Kehadiran Penuh bagi menghargai murid-murid yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap kehadiran sepanjang tahun persekolahan. Majlis ini berlangsung di Dataran Perhimpunan dan disertai oleh guru-guru serta para murid.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid yang menerima sijil kehadiran penuh atas usaha gigih dan disiplin mereka. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada ibu bapa serta guru yang sentiasa memberi sokongan dan galakan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.
7 Oktober 2025 - Latihan Kebakaran diadakan di perkarangan Astaka yang melibatkan semua murid sesi petang. Latihan ini diadakan bertujuan:
Mendedahkan murid kepada prosedur keselamatan apabila berlaku kecemasan sebenar, khususnya sekiranya berlakunya kebakaran.
Melatih murid bergerak dengan teratur dan pantas menuju ke kawasan berkumpul yang selamat.
Mengurangkan risiko panik dengan memberi pengalaman praktikal kepada murid dan guru.
Meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan seluruh warga sekolah terhadap kemungkinan berlakunya situasi kecemasan.
15 Mei 2026 - Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertemakan "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan". Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SMKDLP.
16 Februari 2025 - Satu Dialog Prestasi telah diadakan melibatkan beberapa orang waris, pentadbir, kaunselor dan beberapa orang guru tingkatan 5 pada hari pertama persekolahan iaitu Ahad 16.2.2025.
12 Januari 2025 - Gambar sekitar Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1.
3 Disember 2024 - UBKSMKDLP telah menjalankan program intervensi minda sihat yang melibatkan semua pelajar tingkatan 3 pada hari ini. Program ini bertempat di Surau Al-Husna, SMKDLP.
15 Disember 2024 - Program ini telah diadakan di Dewan Pahlawan yang melibatkan semua murid sesi petang SMKDLP. Sekolah menerima kunjungan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
25 November 2024 - Majlis Peluncuran Duta Sahsiah Perkasakan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah 2024.
Beberapa orang murid telah dipilih sebagai Duta Sahsiah. Peluncuran Kit Duta Sahsiah adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan pelajar yang telah dilantik sebagai duta sahsiah, iaitu individu yang mempunyai teladan positif dan mempromosikan serta mengamalkan nilai murid seperti disiplin, integriti dan tanggungjawab bagi mempengaruhi rakan sebaya dalam komuniti mereka.
Majlis ini telah diadakan serentak di seluruh negara..
Tarikh : 25 November 2024
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Pahlawan, SMKDLP
27 Oktober 2024 - Telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan para pelajar yang telah menyumbang kepada kegemilangan sekolah dalam aspek kurikulum. Tidak lupa juga, majlis ini turut meraikan para guru yang telah memberikan sepenuh perhatian dan memerah keringat untuk memastikan kejayaan murid-murid.
19 OGOS 2024 - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan bertempat di Dewan Pahlawan SMKDLP. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ayob Khan bin Ahmad, Pengetua Cemerlang SMKDLP.
Majlis berjalan secara 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Diharapkan agar majlis ini mampu menyuntik semangat patriotik dalam kalangan anak-anak SMKDLP.
13 OGOS 2024 - Semua pelajar sesi pagi pada hari ini terlibat dengan program ringkas anjuran UBKSMKDLP.
Seorang murid yang merupakan pembimbing rakan sebaya memberikan sedikit perkongsian berkenaan tips untuk membentuk minda sihat.
Diharapkan agar perkongsian ini mampu membantu membuka minda murid-murid.
16 JULAI 2024 - Telah diadakan latihan kebakaran yang melibat semua warga sekolah sesi pagi sekitar jam 9 pagi hingga 11.30 pagi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak bomba dan badan beruniform kadet bomba sekolah yang turut menjayakan program latihan kebakaran pada pagi tadi. Terbaik!
5 JUN 2024 - Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah telah diadakan di Dewan Pahlawan oleh penceramah Puspen Karangan. Ceramah ini adalah untuk memberi pencerahan kepada murid-murid mengenai pencegahan penggunaan dadah.
16 MEI 2024 - Telah diadakan sambutan Hari Guru bertemakan Hari Raya. Jamuan Hari Raya turut diadakan dengan pelbagai juadah yang disediakan. Sambutan ini melibatkan semua murid SMKDLP dan diadakan secara 2 peringkat iaitu sesi pagi dan sesi petang.
12 MEI 2024 : Pada Ahad lepas, SMKDLP telah mengadakan mesyuarat PIBG yang melibatkan guru-guru dan waris murid SMK Dato Lela Pahlawan. Mesyuarat diadakan bermula jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Jawatan kuasa PIBG yang baru telah dilantik. Pada akhir mesyuarat, cabutan bertuah telah diadakan untuk ahli-ahli PIBG SMKDLP.
31 MAC 2024 - Beberapa orang murid SMKDLP telah dibawa ke PARKSON, Sungai Petani untuk membeli baju dan kelengkapan bagi menyambut Hari Raya pada tahun ini. Murid-murid ini terdiri daripada golongan asnaf yang memerlukan. Turut bersama murid-murid ini ialah Pengetua SMKDLP, PKHEM, Warden Asrama D'Lela dan Penyelia Asrama.
18 MAC 2024 - Satu taklimat telah diadakan oleh Guru Unit Disiplin SMKDLP iaitu Encik Zaimi bin Mahyedin. Taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan dengan salah laku buli dan gangguan seksual.
11 MAC 2024 - Ceramah Ambang Ramadhan telah diadakan di Dewan Pahlawan melibatkan pelajar sesi pagi dan petang.
11 MAC 2024 - Taklimat ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk semua murid sesi pagi. Taklimat berjalan selama 2 jam iaitu bermula jam 9 pagi hingga jam 10 pagi.
📍SMK Dato Lela Pahlawan
Jalan Sidam Kanan,
09400 Padang Serai,
KEDAH DARUL AMAN
📞 + 604-4857140
✉️ kea5025@moe.edu.my