Di akhir pembelajaran, murid dapat:
4.5.1 menyenaraikan unsur dalam asid nukleik.
4.5.2 menerangkan struktur nukleotida yang terdiri daripada gula bes bernitrogen, ribosa atau gula deoksiribosa dan fosfat.
4.5.3 menghuraikan struktur polinukleotida iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA).
4.5.4 mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel seperti pembawa maklumat pewarisan dan penghasilan protein.
4.5.5 memerihalkan pembentukan kromosom daripada DNA dan protein.
Asid nukleik merupakan satu atau dua rantaian polimer yang terdiri daripada monomer nukleotida.
Terbentuk daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan fosforus.
Monomer bagi asid nukleik ialah nukleotida.
Setiap nukleotida terdiri daripada gula pentosa (gula 5 karbon), bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang digabung bersama melalui proses kondensasi.
Terdapat dua jenis gula pentosa iaitu:
Deoksiribosa
Ribosa
Bes bernitrogen terdiri daripada:
Adenina (A)
Guanina (G)
Sitosina (C)
Timina (T)
Urasil (U)
Terdapat dua jenis asid nukleik iaitu:
Asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengandungi gula deoksiribosa.
Asid ribonukleik (RNA) yang mengandungi gula ribosa.
DNA terdiri daripada dua rantaian polinukleotida yang berpintal secara antiselari antara satu sama lain membentuk heliks ganda dua.
Kumpulan bes bernitrogen pada kedua-dua rantai polinukleotida berpadanan dan diikat bersama oleh ikatan hidrogen.
Rantaian gula pentosa dan kumpulan fosfat membentuk tulang belakang gula dan fosfat.
Bes bernitrogen bagi DNA ialah adenina (A), guanina (G), timina (T) dan sitosina (C).
Adenina (A) akan berpasangan dengan timina (T) sementara guanina (G) akan berpasangan dengan sitosina (C).
Struktur RNA pula merupakan rantai polinukleotida tunggal dan lebih pendek berbanding DNA.
Bes bernitrogen bagi RNA ialah adenina (A), guanina (G), sitosina (C) dan urasil (U).
Timina (T) di dalam DNA digantikan oleh urasil (U) dalam RNA.
Terdapat tiga jenis RNA utama iaitu:
RNA pengutus (mRNA)
RNA ribosom (rRNA)
RNA pemindah (tRNA)
Ketiga-tiga RNA ini terlibat dalam proses sintesis protein.
Membawa maklumat genetik / pewarisan semua sel hidup.
Menentukan sifat-sifat / ciri-ciri yang diwarisi daripada ibu bapa.
Mensintesis protein secara terus.
Kromosom di dalam nukleus mengandungi DNA.
DNA terdiri daripada nukleotida yang mengandungi kod genetik yang dibawa oleh bes bernitrogen (A, G, C dan T) untuk sintesis polipeptida yang membentuk protein.
Kod genetik ditulis sebagai satu siri urutan tiga bes yang menentukan urutan asid amino dalam protein yang akan disintesiskan. Misalnya, kodon AUG (urutan bes: adenina, urasil, guanina) pada mRNA merupakan kod untuk asid amino metionina.
Urutan tiga bes pada DNA ditranskripsi pada kodon mRNA yang kemudiannya ditranslasi kepada urutan asid amino untuk membentuk satu rantai polipeptida.
Ini bermakna urutan nukleotida dalam DNA menentukan urutan asid amino dalam rantai polipeptida yang membina protein yang berkaitan.
Kromosom terbentuk daripada rantaian polinukleotida DNA yang berpintal dengan protein yang disebut histon.
Histon tidak membawa maklumat genetik.
Molekul DNA dengan protein histon membentuk nukleosom.
Nukleosom akan berpintal membentuk struktur kromosom.