Di akhir pembelajaran, murid dapat:
4.3.1 menyenaraikan unsur-unsur dalam protein.
4.3.2 mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian dipeptida dan polipeptida.
4.3.3 menulis dan menerangkan persamaan perkataan bagi pembentukan dan penguraian dipeptida.
4.3.4 mewajarkan kepentingan protein dalam sel.
Protein ialah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Kebanyakannya juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus.
Monomer bagi protein ialah asid amino.
Asid amino digabung bersama-sama oleh ikatan peptida secara kondensasi untuk membentuk dipeptida pendek dan polipeptida yang lebih panjang.
Dipeptida terdiri daripada dua molekul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi dan satu molekul air disingkirkan.
Polipeptida pula dibentuk semasa banyak molekul asid amino bergabung bersama-sama untuk membentuk rantai panjang asid amino. Rantai polipeptida diubahsuai untuk membentuk protein.
Polipeptida diputuskan melalui satu siri tindak balas hidrolisis untuk menjadi dipeptida dan akhirnya menjadi asid amino.
Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino yang wujud secara semula jadi.
Pelbagai jenis molekul polipeptida dapat dibentuk daripada 20 jenis asid amino kerana setiap jenis protein berbeza dari segi urutan asid amino dalam rantai polipeptidanya.
Untuk membentuk struktur sel seperti protoplasma.
Membentuk molekul protein di dalam membran plasma.
Membina tisu penghubung seperti tendon, ligamen dan otot.
Membentuk bahan binaan seperti keratin pada kulit.
Membentuk kolagen pada tulang.
Membentuk miosin pada tisu otot.
Mensintesiskan enzim dan hormon untuk mengawal proses kimia.
Mensintesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit.
Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengangkut oksigen.
Untuk menghasilkan sel baharu dan membaiki tisu yang rosak.
Sebagai sumber alternatif tenaga melalui penguraian protein atau polipeptida kepada asid amino oleh enzim pencernaan.