Di akhir pembelajaran, murid dapat:
4.4.1 menyenaraikan unsur dalam lipid.
4.4.2 menjelaskan jenis lipid yang utama.
4.4.3 memerihalkan pembentukan dan penguraian trigliserida.
4.4.4 menulis dan menerangkan persamaan perkataan bagi pembentukan dan penguraian trigliserida.
4.4.5 mewajarkan kepentingan lipid dalam sel dan organisma multisel.
Lipid merupakan sebatian hidrofobik yang wujud secara semula jadi di dalam tisu tumbuhan dan haiwan.
Lipid terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen tetapi nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen adalah jauh lebih tinggi.
Lipid tidak larut dalam air tetapi larut dalam larutan organik lain, misalnya, alkohol, eter dan kloroform.
Jenis-jenis lipid ialah lemak, lilin, fosfolipid dan steroid.
Lemak dan minyak ialah trigliserida.
Trigliserida ialah sejenis ester yang terbentuk melalui kondensasi satu molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak.
Trigliserida boleh dihidrolisiskan semula kepada asid lemak dan gliserol melalui tindak balas hidrolisis.
Gliserol ialah sejenis alkohol tiga karbon yang mengandungi tiga kumpulan hidroksil (–OH).
Asid lemak terdiri daripada satu rantai hidrokarbon panjang yang mengandungi bilangan atom karbon yang berlainan untuk asid lemak berlainan.
Terdapat dua jenis asid lemak iaitu:
Asid lemak tepu hanya mempunyai ikatan tunggal antara karbon.
Asid lemak tak tepu mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara karbon.
Terdapat dua jenis lemak iaitu:
Lemak tepu ialah trigliserol yang mengandungi asid lemak tepu. Lemak tersebut mempunyai bilangan hidrogen yang maksimum.
Lemak tak tepu ialah trigliserol yang mengandungi asid lemak tak tepu. Lemak tersebut mengandungi bilangan hidrogen yang kurang daripada maksimum.
Mengandungi satu molekul alkohol yang bergabung dengan satu molekul asid lemak.
Bersifat kalis air.
Terdapat pada kutikel yang menutupi epidermis daun, buah dan biji sesetengah tumbuhan yang boleh menghalang kemasukan dan penyejatan air.
Terdiri daripada satu molekul gliserol yang bergabung dengan dua molekul asid lemak dan satu kumpulan fosfat.
Merupakan komponen utama membran plasma.
Merupakan sebatian lipid yang tidak mengandungi asid lemak.
Contoh: kolesterol dan hormon seperti testosteron, estrogen dan progesteron.
Lemak
Sebagai simpanan tenaga bagi haiwan.
Sebagai pelapik untuk melindungi organ-organ dalaman.
Sebagai penebat haba bagi haiwan.
Lilin
Komponen penting dalam kutikel yang menutupi epidermis daun.
Komponen dalam sebum yang dirembeskan oleh kulit untuk menjadikannya lembut.
Glikolipid
Memastikan kestabilan membran plasma.
Membantu dalam proses pengenalpastian sel.
Kolesterol
Mensintesis hormon steroid.