Di akhir pembelajaran, murid dapat:
4.2.1 menyenaraikan unsur dalam karbohidrat.
4.2.2 menjelaskan jenis karbohidrat iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.
4.2.3 mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian disakarida dan polisakarida.
4.2.4 menulis dan menerangkan persamaan perkataan bagi pembentukan dan penguraian disakarida.
4.2.5 mewajarkan kepentingan karbohidrat dalam sel.
Makromolekul ialah sebatian yang besar dan kompleks.
Kebanyakan makromolekul ialah polimer yang terdiri daripada molekul-molekul kecil yang dikenali sebagai monomer (binaan asas).
Karbohidrat, protein dan asid nukleik merupakan molekul polimer sebatian organik.
Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) dalam nisbah 1:2:1 dan formula kimia (CH2O)n.
Terdapat tiga jenis karbohidrat iaitu monosakarida (gula ringkas), disakarida dan polisakarida (gula kompleks).
Unit asas karbohidrat.
Merupakan gula penurun.
Rasanya manis, boleh membentuk hablur dan larut dalam air.
Contoh:
Glukosa dalam tumbuhan seperti padi dan gandum serta buah-buahan seperti anggur.
Fruktosa dalam madu dan buah-buahan manis.
Galaktosa dalam susu.
Kebanyakan polisakarida terbentuk daripada glukosa.
Terhasil apabila dua molekul monosakarida bergabung secara kondensasi.
Boleh diuraikan kepada unit monosakarida secara hidrolisis.
Contoh:
Maltosa dalam bijirin.
Laktosa dalam susu.
Sukrosa dalam tebu, buah-buahan manis dan gula bit.
Maltosa dan laktosa ialah gula penurun manakala sukrosa adalah gula bukan penurun.
Gula kompleks yang besar.
Terbentuk melalui proses kondensasi beratus-ratus monosakarida untuk membentuk rantai molekul panjang yang dipanggil polimer.
Tidak larut air kerana molekulnya besar, tidak manis, tidak menghablur.
Boleh diuraikan melalui hidrolisis dengan bantuan asid cair, pendidihan dan tindakan enzim.
Contoh:
Selulosa ialah rangkaian glukosa yang membentuk polimer linear. Ia membentuk dinding sel tumbuhan.
Kanji ialah rantai polimer berlingkar dalam bentuk berpilin. Ia adalah simpanan utama dalam tumbuhan dan boleh didapati dalam kloroplas.
Glikogen ialah polimer bercabang. Ia adalah simpanan utama dalam sel otot dan sel hati haiwan.
Kitin digunakan sebagai benang pembedahan.
Sebagai sumber tenaga. Contoh: glukosa
Sebagai simpanan makanan. Contoh: glikogen dalam sel haiwan dan kanji dalam sel tumbuhan
Sebagai struktur sokongan. Contoh: selulosa pada dinding sel tumbuhan.
Untuk membentuk rangka luar serangga. Contoh: kitin.