Di akhir pembelajaran, murid dapat:
4.1.1 memerihalkan sifat molekul air.
4.1.2 menghubung kait sifat air dengan kepentingannya dalam sel.
Semua sel mengandungi pelbagai molekul yang terdiri daripada unsur.
Unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas kimia.
Unsur yang paling banyak terdapat dalam suatu sel adalah oksigen, karbon, hidrogen dan nitrogen.
Unsur dalam sel berpadu antara satu sama lain untuk membentuk pelbagai sebatian kimia.
Sebatian kimia boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Sebatian organik yang mengandungi unsur karbon dan sesetengah sebatian ini disintesis oleh sel. Contoh: karbohidrat, protein, lipid, asid nukleik.
Sebatian tak organik yang tidak mengandungi unsur karbon. Contoh: air.
Peratus pelbagai unsur dalam badan manusia:
Oksigen (65.0%)
Karbon (18.5%)
Hidrogen (9.5%)
Nitrogen (3.3%)
Unsur lain (3.7%)
Unsur surih
Unsur lain:
Kalsium (1.5%)
Fosforus (1.0%)
Kalium (0.4%)
Sulfur (0.3%)
Natrium (0.2%)
Klorin (0.2%)
Magnesium (0.1%)
Unsur surih:
Zink
Kuprum
Molibdenum
Ferum (Besi)
Iodin
Selenium
Mangan
Boron
Fluorin
Kobalt
Kromium
Merupakan sebatian tidak organik.
Terdiri daripada unsur hidrogen dan oksigen (H2O).
Merupakan molekul berkutub kerana elektron yang dikongsi di antara oksigen dan hidrogen akan tertarik ke arah oksigen yang lebih elektronegatif.
Kekutuban air menghasilkan ikatan hidrogen dan membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta.
Ini membolehkan air melarutkan sebatian ion seperti garam dan molekul berkutub seperti gula. Oleh itu, zat terlarut boleh diangkut.
Daya lekitan ialah daya tarikan antara molekul yang sama.
Oleh itu, molekul air melekat antara satu sama lain melalui daya lekitan.
Daya lekatan ialah daya tarikan antara molekul yang berbeza.
Molekul air juga akan melekat pada permukaan lain melalui daya lekatan.
Daya lekitan dan daya lekatan menghasilkan tindakan kapilari.
Tindakan kapilari membolehkan air memasuki dan bergerak di sepanjang ruang yang sempit seperti xilem.
Muatan haba tentu air adalah tinggi iaitu 4.2 kJ kg-1 °C-1.
4.2 kJ tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg air sebanyak 1°C.
Ini menyebabkan air menyerap banyak tenaga haba tetapi memberi kesan yang kecil terhadap kenaikan suhu.
Ciri ini penting untuk mengekalkan suhu badan organisma.
Sebagai komponen utama dalam protoplasma.
Sebagai pelarut semesta.
Sebagai medium pengangkutan dalam sel dan antara sel-sel.
Membantu pengangkutan nutrien.
Sebagai medium tindak balas metabolisme.
Mengekalkan keseimbangan terma.
Sebagai komponen bahan pelinciran.
Menyokong organisma yang berjasad lembut.
Memberikan sokongan terutama kepada tumbuhan berbatang lembut apabila sel tumbuhan adalah segah.
Menyediakan permukaan lembap untuk pertukaran gas.
Sebagai pelarut untuk untuk melarutkan gas-gas respirasi (oksigen dan karbon dioksida) dan membenarkan resapan gas dalam alveolus dan sel-sel.
Membekalkan atom hidrogen untuk fotosintesis.