Ruangan ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua untuk berkongsi pendapat dan persoalan berkaitan perkembangan serta pembangunan sahsiah diri. Melalui perbincangan ini, kita dapat saling memahami tentang kepentingan nilai dan pembentukan identiti murid yang seimbang.
a) Meningkatkan komunikasi
Murid dapat berinteraksi dengan rakan dan guru secara efektif.
b) Perkongsian ilmu
Membolehkan murid berkongsi pendapat dan pengalaman yang dialaminya dengan mudah.
c) Menggalakkan pembelajaran kolaboratif
Murid belajar untuk bekerjasama dan menerima pendapat orang lain di dalam kumpulan .
d) Masa lebih fleksibel
Murid boleh menyertai perbincangan pada bila-bila masa tanpa had waktu yang ditentukan.
e) Meningkatkan keyakinan diri
Murid yang pemalu lebih berani untuk bersuara dan melonarkan pandangan secara dalam talian berbanding di dalam kelas.
1. Klik pada tanda “+” di bawah untuk menambah komen refleksi atau soalan yang ingin dikemukan.
2. Kongsi pengalaman atau pandangan anda tentang topik yang dibincangkan.
3. Gunakan bahasa yang sopan dan menghormati setiap pendapat rakan-rakan yang lain.
4. Baca dan beri maklum balas positif terhadap perkongsian rakan lain untuk memupuk semangat rakan-rakan.
JANGAN SEGAN UNTUK BERBINCANG DI RUANGAN INI. SELAMAT MENCUBA SEMUA