Laman web pembelajaran ini dibangunkan bagi membantu murid untuk memahami konsep perkembangan dan pembangunan sahsiah diri secara menyeluruh. Melalui penerokaan nilai-nilai murni dan pengurusan emosi yang baik, murid dapat mengenal pasti potensi diri serta membentuk diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Oleh itu, kandungan laman web ini turut memuatkan bahan interaktif seperti modul, kuiz, video pembelajaran dan ruang perbincangan yang dapat membantu membentuk individu yang berakhlak mulia dan berdaya saing. Saya berharap agar isi kandungan di dalam laman web ini membantu dan memberi manfaat kepada semua.
1. Murid mampu menyatakan maksud sahsiah diri dengan betul.
2.Murid boleh mengenal pasti ciri-ciri sahsiah diri yang positif.
3.Murid berjaya menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
4.Murid berupaya menunjukkan sikap positif dalam kehidupan seharian.
PANDANGAN TOKOH TENTANG PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI
Erik Erikson menegaskan bahawa perkembangan sahsiah berlaku melalui pengalaman dan kesedaran diri sepanjang hayat. Maka, seseorang yang memahami dirinya dengan baik akan lebih matang dan mampu menghargai orang lain.
“The more you know yourself, the more patience you have for what you see in others.”
Abraham Maslow menjelaskan bahawa pembangunan sahsiah diri berlaku apabila individu berusaha mencapai potensi tertinggi dalam dirinya. Pandangan ini menekankan tentang betapa pentingnya memenuhi keperluan rohani dan emosi agar seseorang dapat menjadi insan yang terbaik.
“What a man can be, he must be. This need we may call self-actualization.”
Carl Rogers merupakan seorang tokoh psikologi humanistik yang menekankan bahawa sahsiah yang baik terbentuk apabila individu menerima dirinya dengan positif. Beliau percaya bahawa penerimaan tanpa syarat dan kejujuran terhadap diri sendiri merupakan asas kepada kesejahteraan emosi dan moral.
“The good life is a process, not a state of being. It is a direction, not a destination.”
Sigmund Freud merupakan pengasas psikoanalisis yang mengaitkan perkembangan sahsiah dengan keseimbangan antara tiga struktur utama diri iaitu id, ego dan superego. Beliau juga berpendapat bahawa sahsiah yang matang terbentuk apabila individu mampu mengawal dorongan naluri melalui pertimbangan rasional dan nilai moral.
“The ego is not master in its own house,” yang membawa maksud bahawa manusia perlu sentiasa berusaha mengawal diri agar tidak dikuasai oleh keinginan dan emosi negatif.
Erikson, E. H. (1968). Identity: Youth and crisis. W. W. Norton & Company.
Mahfar, M. (2023). Asas Kaunseling: Penguasaan Teori, Kemahiran dan Proses Kaunseling. Universiti Teknologi Malaysia.
Maslow, A. H. Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality. Harper & Row.
Rogers, C. R. Rogers, C. R. (1961). On becoming a person: A therapist’s view of psychotherapy. Houghton Mifflin.