Kepimpinan ialah kebolehan seseorang untuk membimbing dan memjadi contoh teladan kepada orang lain bagi mencapai matlamat bersama. Oleh itu, setiap murid perlu mempunyai sikap kepimpinan yang baik seperti mengambil tanggungjawab, membuat keputusan yang baik serta memberi contoh yang positif kepada rakan sebaya.
1) Menjadi ketua kelas atau pengawas sekolah yang memimpin dan membantu guru serta rakan-rakan.
2) Membimbing rakan sekelas dalam aktiviti berkumpulan atau semasa sesi proses pembelajaran.
3) Mengambil inisiatif dalam menganjurkan program seperti gotong-royong atau kem kepimpinan.
4) Menunjukkan disiplin diri dan menjadi contoh teladan seperti menepati masa tutur kata dan tingkah laku.
a) Gaya Kepimpinan Autokratik
Membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan ahli kumpulan.
Gaya kepimpinan yang agak tegas dan pemimpin akan mengarah secara langsung.
b) Gaya Kepimpinan Demokratik
Memberi ruang kepada ahli kumpulan untuk memberi pandangan dan berbincang bersama-sama.
Keputusan dibuat bersama-sama secara perbincangan.
Melibatkan semua ahli kumpulan.
c) Gaya Kepimpinan Laissez-faire
Memberi kebebasan kepada ahli kumpulan.
Sesuai jika ahli kumpulan berpengalaman dan bertanggungjawab.
a) Meningkatkan keyakinan diri
Murid menjadi lebih yakin dalam membuat keputusan dan berkomunikasi bersama orang sekeliling
Membentuk sikap bertanggungjawab dalam memegang apa sahaja amanah tugas.
b) Meningkatkan kemahiran sosial diri
Murid dapat meningkatkan kemahiran sosial seperti berunding dan menyelesaikan masalah secara bersama.
c) Menjadi individu yang lebih proaktif
Murid tidak hanya mengikut arahan sahaja tetapi berani mencadangkan dan melaksanakan idea.
Bertanggungjawab
Adil dan saksama
Boleh dipercayai
Berani membuat keputusan
Komunikasi yang baik
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Panduan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Cemerlang. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Mahidin, N. (Ed.). (2023). Transformasi Kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia. Universiti Putra Malaysia.