"Hormat Tanda Mulia, Sopan Tanda Bijaksana.”
"Hormat Tanda Mulia, Sopan Tanda Bijaksana.”
Hormat- menghormati bermaksud amalan menghargai orang lain tanpa mengira umur, pangkat atau latar belakang. Murid yang mempunyai nilai hormat akan mendengar dengan baik, menggunakan bahasa yang sopan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Maka, nilai ini sanagt penting dalam membentuk hubungan yang harmoni di sekolah.
a) Mewujudkan suasana yang harmoni dan mesra bersama orang sekeliling.
b) Meningkatkan kerjasama dan kepercayaan.
c) Mengelakkan konflik dan salah faham.
d) Membentuk imej diri yang positif dan disukai ramai.
a) Mendengar dengan penuh perhatian dan hormat.
b) Menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap.
c) Memberi ruang kepada orang lain untuk memberikan pendapat.
d) Menghargai perbezaan pendapat dan budaya.
e) Mengucapkan terima kasih dan meminta maaf apabila melakukan kesilapan.
Murid yang mengamalkan sikap hormat-menghormati akan disayangi, dihormati serta dapat mewujudkan hubungan yang baik bersama guru, rakan- rakan dan masyarakat. Sikap hormat-menghormati juga mampu meningkatkan hubungan sosial yang baik dan menjadikan murid lebih positif dan beradab.
a) Memberi salam kepada guru.
b) Mengucapkan terima kasih selepas menerima bantuan.
c) Tidak memotong percakapan rakan semasa perbincangan.
d) Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua.
e) Senyum dan menggunakan intonasi yang sopan apabila sedang bercakap.
Didikan keluarga
a) Ibu bapa yang menunjukkan teladan baik seperti bercakap dengan intonasi yang sopan dan menghormati orang tua akan menjadi contoh kepada anak-anak.
b) Anak yang dididik dengan nilai adab dan kesopanan yang tinggi semenjak kecil akan lebih menghormati orang lain.
Pendidikan di sekolah
a) Guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi turut mendidik murid supaya menanamkan nilai murni dan disiplin diri.
b)Aktiviti seperti perhimpunan sekolah dan gotong-royong membantu murid untuk mempraktikkan nilai hormat.
Pengaruh media sosial
a) Kandungan televisyen dan media sosial boleh mempengaruhi sikap seseorang secara sedar atau tidak sedar.
b) Pendedahan kepada contoh positif seperti program berunsur nilai moral dapat meningkatkan rasa hormat dalam diri murid.
Abdullah, M. Z. (2024). Amalan hormat-menghormati dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.
Jurnal Psikologi dan Kaunseling, 13(1), 55-70.
Halim, N. F., & Mansor, N. (2023). Pendidikan nilai dan pembentukan akhlak murid sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 48(1), 27-39.
Raudhatusoufwah, R., & Kamarul Azmi, J. (2021). Akhlak dan adab generasi muda kini: Analisis isu dan cabaran pendidikan nilai. Universiti Malaya.