PPZ telah mewakafkan sudut bacaan di perpustakaan KPBKL bagi menempatkan koleksi buku-buku berkaitan zakat dan kewangan islam terbitan PPZ dan lain-lain penerbit. Buku-buku ini diwakafkan khas sebagai salah satu usaha menyebarluas dakwah berkaitan kewajipan berzakat dan untuk memudahkan akses kepada maklumat berkaitan zakat dan kewangan islam di kalangan pelajar dan ahli akademik di KPBKL.
Perasmian Sudut Bacaan AZKA telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dan YBhg Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ pada 26 Feb 2019.
Sudut bacaan ini menempatkan koleksi buku-buku zakat dan kewangan Islam terbitan PPZ dan lain-lain penerbit yang berkaitan secara fizikal dan dalam masa yang sama pihak PPZ juga menyediakan Screen TV untuk menyalurkan sumber maklumat terkini berkaitan zakat secara digital dari semasa ke semasa.
Senarai Buku Sumbangan Pihak AZKA
Untuk melihat senarai buku AZKA di Kolej Profesional Baitulmal sila klik