Peraturan & Undang-undang Perpustakaan
Dipetik daripada : Peraturan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) (Semakan 2019)
Dipetik daripada : Peraturan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) (Semakan 2019)
*Baju sukan / pakaian bersukan, T-Shirt tidak berkolar, seluar Jeans, topi, dan pakaian yang diperbuat daripada material T-Shirt adalah DILARANG
56.1 Pengguna/pelajar diwajibkan memakai kad pelajar/staf semasa berada di dalam perpustakaan. Pengguna yang tidak memakai kad pelajar/staf tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan.
56.2 Pengurusan perpustakaan hanya membenarkan buku-buku, fail, kertas dan alat tulis sahaja dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
56.3 Beg (kecuali tas tangan), beg komputer laptop, topi, topi keledar, payung dan baju hujan tidak dibenarkan dibawa ke dalam perpustakaan. Pengguna/pelajar hendaklah meletakkannya di rak penyimpanan barangbarang yang disediakan di luar perpustakaan. pengguna/pelajar dinasihatkan agar tidak meninggalkan barangan berharga di rak penyimpanan tersebut. Pengurusan perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan barang-barang tersebut.
56.4 Pengguna/pelajar dilarang berbual atau berbuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam Perpustakaan. Pengguna/pelajar yang berbuat demikian boleh diarahkan meninggalkan Perpustakaan.
56.5 Tempat duduk tidak boleh ditempah. Buku dan fail yang sudah lama ditinggalkan di atas meja boleh dipindahkan oleh kakitangan Perpustakaan untuk membolehkan pengguna/pelajar lain menggunakan tempat tersebut.
56.6 Pengguna/pelajar adalah dilarang dari membuat tanda-tanda, melipat muka surat buku, merosakkan buku-buku dan alat-alat perpustakaan. Tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka yang didapati melakukannya.
56.7 Pelajar dimestikan mematuhi Kod Etika Pemakaian yang dikuat kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Kolej semasa berada di dalam Perpustakaan.
56.8 Pengguna/pelajar dilarang membawa masuk sebarang bekas dan/atau makanan, minuman serta merokok semasa berada di dalam Perpustakaan.
56.9 Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada di dalam Perpustakaan. Telefon bimbit hendaklah diletakkan dalam ‘mode’ getar (vibrate) atau senyap (silent) sepanjang berada dalam perpustakaan.
56.10 Pengguna/pelajar dilarang menggunakan ‘socket point’ untuk cas telefon bimbit dan/atau „power bank‟ di perpustakaan. Penggunaan „socket point‟ untuk mengecas laptop adalah dibenarkan.
56.11 Pengguna/pelajar harus menyerahkan buku-buku dan bahan-bahan perpustakaan di kaunter perpustakaan untuk dibuat semakan sebelum keluar.
56.12 Pengguna/pelajar dilarang mengalih perabot dan peralatan perpustakaan atau menyalahgunakannya.
56.13 Majalah dan suratkhabar hanya dibenarkan dibaca di ruangan majalah dan suratkhabar yang disediakan sahaja.
56.14 Pengguna/pelajar dilarang membawa dan memindahkan bahan Perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
57.1 Pengguna/pelajar haruslah mengembalikan buku-buku/bahan yang telah digunakan ke troli khas yang disediakan, dan tidak dibenarkan meletakkan buku/bahan tersebut secara bersepah di atas meja.
57.2 Pengguna/pelajar yang membuat salinan fotokopi atau memuat turun bahan dari kemudahan komputer yang disediakan oleh Perpustakaan Kolej adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan tertakluk dengan Akta Hak Cipta.
57.3 Pengguna/pelajar yang bercuti belajar atau tamat perkhidmatan atau tamat kontrak atau berhenti atau bersara atau menangguh pengajian atau menarik diri atau tamat pengajian mesti memulangkan semula semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan dan membayar denda (sekiranya ada).
57.4 Senarai nama pengguna/pelajar yang tidak menjelaskan denda atau tidak memulangkan atau merosakkan atau menghilangkan bahan yang dipinjam akan diserahkan ke Bahagian Kewangan untuk bayaran denda atau gantirugi.
57.5 Segala urusan di kaunter perpustakaan akan tamat 15 minit sebelum waktu perpustakaan di tutup. Loceng isyarat akan dibunyikan 3 kali 5 minit sebelum waktu perpustakaan tamat. Semua pengguna mesti meninggalkan perpustakaan dengan kadar segera.
57.6 Pengguna/pelajar adalah tertakluk kepada Peraturan Perpustakaan dan Peraturan Am Kolej.
57.7 Kakitangan Perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna/pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
57.8 Pengguna/pelajar yang melanggar peraturan atau mencuri atau merosakan bahan bacaan/kemudahan perpustakaan boleh dikenakan salah satu daripada tindakan berikut:
a. Diarahkan keluar dari bangunan perpustakaan.
b. Dikenakan bayaran denda.
c. Digantung daripada menggunakan semua kemudahan perpustakaan.
d. Digantung kelayakan peminjaman bahan bacaan.
e. Digantung keahlian perpustakaan.
f. Diumumkan di papan kenyataan perpustakaan.
57.9 Pengurusan Perpustakaan Kolej berhak menambah dan meminda Peraturan Perpustakaan dari semasa ke semasa.
58.1 Peraturan Pinjaman/Pemulangan
a. Berdaftar sebagai ahli perpustakaan Kolej.
b. Hanya pengguna/pelajar yang telah berdaftar sebagai ahli perpustakaan dibenarkan meminjam buku-buku/bahan-bahan perpustakaan.
c. Peminjam dikehendaki menunjukkan kad kakitangan/matrik apabila meminjam buku-buku/bahan-bahan perpustakaan.
d. Sebarang buku/bahan-bahan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkodkan oleh Pegawai Perpustakaan.
e. Buku-buku/bahan-bahan perpustakaan yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan.
f. Semua peminjamdikehendaki memulangkan semua buku-buku/bahanbahan pinjaman yang melampui tarikh pemulangan dan membayar semua denda sebelum mereka dibenarkan membuat pinjaman seterusnya
g. Peminjaman bagi pihak pengguna lain atau menggunakan kad staf/pelajar lain tidak dibenarkan.
58.2 Kelayakan Pinjaman
a. Pelajar
Setiap pelajar dibenarkan untuk meminjam 5 buah buku untuk jangka masa selama 7 hari sahaja. Lanjutan masa untuk tempoh 7 hari lagi akan diberikan dengan syarat bahan-bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan tarikh bagi pinjaman baru tidak dibenarkan selepas tempoh 21 hari.
b. Staf pentadbiran
Staf pentadbiran dibenarkan untuk meminjam 5 buah buku sahaja untuk jangkamasa selama 7 hari sahaja. Lanjutan masa untuk tempoh 7 hari lagi akan diberikan dengan syarat bahan-bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan tarikh bagi pinjaman baru tidak dibenarkan selepas 21 hari.
c. Staf Akademik
Bagi pensyarah dibenarkan untuk meminjam 20 buah buku untuk tempoh jangkamasa 6 bulan sahaja. Lanjutan masa untuk tempoh 6 bulan lagi akan diberikan dengan syarat bahan-bahan tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Pembaharuan tarikh bagi pinjaman baru tidak dibenarkan selepas 18 bulan.
58.3 Memperbaharui Pinjaman
a. Bahan bacaan perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui pinjamannya kecuali telah ditempah oleh pengguna/pelajar lain.
b. Pinjaman boleh diperbaharui di Kaunter Sirkulasi perpustakaan.
58.4 Tempahan
a. Pengguna/pelajar boleh membuat tempahan sekiranya buku atau bahan perpustakaan yang diperlukan telah dipinjam oleh pengguna/pelajar lain.
b. Tempahan buku-buku/bahan-bahan perpustakaan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi perpustakaan.
c. Penempah akan dimaklumkan sekiranya buku-buku/bahan-bahan perpustakaan tersebut telah dikembalikan ke perpustakaan.
d. Buku-buku/bahan-bahan perpustakaan yang telah ditempah akan disimpan selama 1 minggu bermula dari tarikh bahan itu dikembalikan ke perpustakaan. Buku- buku/bahan-bahan tempahan boleh diambil di kaunter sirkulasi perpustakaan.
e. Jika pengguna/pelajar yang telah menempah bahan tidak hadir untuk mengambil bahan tempahan sehingga tarikh berkenaan, tempahan akan dibatalkan dan bahan akan ditempatkan di rak terbuka atau dipinjamkan kepada pengguna/pelajar lain.
f. Sekiranya buku-buku/bahan-bahan yang sama ditempah oleh beberapa orang pengguna/pelajar, keutamaan akan diberikan kepada penempah pertama.
58.5 Buku-buku yang melewati tarikh/masa pemulangan
a. Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan selewat-lewatnya pada tarikh pemulangan yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada tarikh itu.
b. Adalah menjadi satu kesalahan jika pengguna/pelajar tidak memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan.
c. Notis peringatan bagi bahan lewat akan dihantar secara e-mel kepada staf akademik dan staf pentadbiran DUA (2) hari sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman. Notis pertama dihantar SATU (1) hari selepas tarikh tamat tempoh pinjaman. Notis kedua akan dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh tamat tempoh pinjaman. Notis ketiga (akhir) dikeluarkan 28 hari dari tarikh tamat tempoh pinjaman. Notis akhir adalah 'Notice of Outstandings Fines'. Notis ini akan mencatatkan jumlah dendaan yang masih belum dijelaskan oleh pelanggan beserta dengan harga bahan tersebut.
d. Nama peminjam akan diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Talent untuk pemotongan gaji bagi harga buku beserta denda lewat pulang buku.
58.6 Denda
a. Kelewatan pemulangan buku atau bahan bacaan akan dikenakan denda seperti berikut:-
i. Pelajar- RM0.20 sehari
ii. Staf Pentadbiran dan Staf Akademik- RM0.50 sehari
b. Denda boleh dibayar secara tunai di kaunter sirkulasi perpustakaan.
58.7 Kehilangan dan Kerosakan
a. Pengguna/pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan perpustakaan yang dipinjam. Pengguna/pelajar dikehendaki melaporkan di kaunter sirkulasi sekiranya bahan bacaan hilang untuk tindakan Pengurusan Perpustakaan.
b. Pengguna/pelajar bertanggungjawab membayar atau menggantikan bahan bacaan yang hilang/rosak semasa bahan tersebut digunakan dan/atau semasa dalam peminjamannya.
c. Sekiranya bahan bacaan tersebut merupakan buku bersiri yang terdiri daripada satu set, pengguna/pelajar boleh dikenakan bayaran atau gantirugi bagi keseluruhan set tersebut.
d. Bahan bacaan yang hilang, rosak atau tidak dipulangkan pada tarikh luput keahlian, ahli dikehendaki mengganti berdasarkan harga pasaran terkini bagi buku yang hilang atau membayar caj minima RM50 bagi buku tempatan atau RM120 bagi buku terbitan luar negara atau mana-mana yang lebih tinggi.