Perpustakaan IPB mula beroperasi secara rasmi di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, KPBKL kemudianya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Perpustakaan terletak di Tingkat 1 dan 2 bangunan pentadbiran KPBKL.
Menjadi pusat maklumat akademik yang unggul berasaskan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Komited dan sistematik di dalam menyediakan perkhidmatan maklumat dan mengadakan koleksi yang lengkap dan bermutu serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memenuhi keperluan sistem pembelajaran dan pengajaran.
Menyediakan bahan-bahan dan akses kepada maklumat dalam bidang perkara yang berkaitan dengan proses pengajaran sejajar dengan hasrat Institut untuk melahirkan profesional Muslim yang berilmu dan berwibawa
Menyediakan pengkhususan koleksi dalam bidang perkara tertentu bagi memenuhi keperluan maklumat pelajar, pensyarah, ahli akademik dan kakitangan Institut untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan sebagainya.
Menyediakan bahan ternitan yang informatif, tepat dan terkini bagi mempromosi kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.
Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan relevan bagi menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Menyediakan prasarana perpustakaan yang selesa dan dan sistem pengurusan ilmu yang terbaik berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.
Menyediakan sumber-sumber maklumat yang diperlukan bagi mencapai pendidikan bertaraf global
Memastikan perpustakaan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelajar dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan mesra dengan kadar segera.
Bahagian perpustakaan bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna perpustakaan iaitu:
Mengurus proses pendaftaran pengguna baru perpustakaan
Menguruskan proses transaksi pemulangan, peminjaman, pembaharuan tarikh pinjaman bahan perpustakaan, pembayaran denda perpustakaan dan kehilangan bahan perpustakaan.
Menguruskan pembelian bahan perpustakaan seperti buku, majalah, jurnal, dan terbitan bersiri untuk menjadi bahan atau sumber rujukan kepada pelajar.
Menguruskan proses buku, majalah, jurnal dan terbitan bersiri diuruskan dengan lebih teratur dan tersusun.
Mengurus koleksi perpustakaan dengan cara sistematik dan mudah diakses kembali dengan proses penkatalogan
Menguruskan rekod pengguna perpustakaan.
Menguruskan peminjaman antara perpustakaan.