Perpustakaan KPBKL berperanan besar dalam menyokong proses pembelajaran dan pelajaran pelajar KPBKL yang bukan berlaku di kelas. Perpustakaan KPBKL amat menitikberatkan aspek fasiliti dalam penyampaian perkhidmatan agar lebih menjadi kondusif dan selesa
Kaunter Sirkulasi berfungsi sebagai sudut bagi segala bentuk rujukan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan KPB. Pengguna boleh membuat pinjaman dan pemulangan buku selain daripada mendapatkan info-info berkaitan. Kaunter Sirkulasi ini dilengkapi dengan kelengkapan eletronik yang merekod data peminjaman dan pemulangan buku yang dibuat oleh pengguna.
Perpustakaan menyediakan akses kepada "internet tanpa wayar" atau "Wi-Fi"berkelajuan 100Mbps kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang dapat mengakses isyarat Wi-Fi.
Ruanagan AZKA adalah Sudut Bacaan yang diwujudkan dengan tujuan memperluas dakwah zakat di kalangan pelajar dan ahli akademik. Ruangan ini akan dilengkapkan dengan sejumlah buku yang diwakafkan serta juga akan menerima secara tetap setiap buku terbitan PPZ-MAIWP untuk bacaan semua warga KPBKL. Ruangan ini terletak di Aras 1 Perpustakaan.
Sebanyak 6 set komputer disediakan bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan bahan yang dikehendki. Komputer ini dilengkapi dengan sambungan internet dan aplikasi Online Public Access Catalog (OPAC) .
Pigeon Holes atau rak barangan peribadi ini disediakan kepada pengguna bagi mereka yang membawa bersama bag dan barangan peribadi lain yang tidak beharga. Pengguna adalah dilarang untuk membawa masuk ke dalam Perpustakaan barang peribadi berupa bag, makanan dan minuman serta payung atau segala bentuk barangan yang dikategorikan tidak sesuai untuk dibawa masuk ke Perpustakaan. Terdapat dua seksyen berasingan yang disediakan untuk pengguna lelaki dan perempuan.
Terdapat beberapa buah Meja Membaca yang disediakn bersaiz besar untuk pengguna oleh pihak Perpustakaan sebagai ruangan membaca. Meja-meja ini dilengkapi dengan kerusi berkusyen yang selesa bagi menjamin keselesaan pengguna semasa berada di dalam Perpustakaan. Kapasiti keseluruhan bagi kemudahan meja ini boleh memberi ruang kepada seramai 150 pengguna pada satu satu masa.
Perpustakaan KPB menyediakan sebanyak dua unit Bilik Perbincangan bagi memudahkan pengguna yang ingin membuat perbincangan secara berkumpulan dan mempunyai ruangan sendiri yang tidak mengganggu pengguna lain. Bilik ini perlulah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan dengan cara mengisi Borang Tempahan Bilik Perbincangan yang telah disediakan. Bilik Perbincangan ini terletak di Aras 1 Perpustakaan.
.jjj