MAJLIS PERASMIAN CHILLEX SPACE @ PERPUSTAKAAN KPBKL OLEH YBHG. TAN SRI DR. MOHD DAUD BAKAR , PENGERUSI MAIWP
Tarikh 26 Januari 2023 merupakan tarikh yang bersejarah bagi Perpustakaan KPBKL kerana telah berlangsungnya majlis perasmian Library One Stop Center and Student Lounge, Perpustakaan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur oleh Y.Bhg Tan Sri Daud Bakar, Pengerusi MAIWP. Library One stop Center ini juga dikenali sebagai "Chillex Space". yang menyediakan ruangan pembelajaran secara santai dengan pelbagai perkhidmatan dan kelengkapan multimedia terkini kepada pengguna secara percuma.
MAJLIS PELANCARAN LIBRARY ONE STOP CENTRE & KOLEKSI DIGITAL PERPUSTAKAAN KPBKL
Pada 12 April 2022 yang lalu, Perpustakaan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Pelancaran Library One Stop Centre & Koleksi Digital Perpustakaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Radzuan Bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL.
Majlis ini diadakan untuk hebahan kepada pengguna tentang perkhidmatan terkini yang disediakan oleh Perpustakaan iaitu Perkhidmatan Library One Stop Centre & Koleksi Digital (Pangkalan Data ProQuest dan Akhbar Digital) selain daripada meraikan ulang tahun penubuhan KPBKL yang ke-30.
ProQuest e-Book Central- Discover Your Collection to Support Your Teaching, Learning and Research
Tarikh :
16/03/2022 & 18/03/2022
Tempat:
Webex Virtual Meeting
Ringkasan :
Unit Automasi dan Penerbitan Perpustakaan KPBKL telah mengadakan satu sesi latihan bersama pengguna berkenaan Pangkalan Data e-Book ProQuest yang dilanggan oleh pihak Perpustakaan KPBKL yang dinamakan ProQuest e-Book Central - Discover Your Collection to Support Your Teaching, Learning and Research. Sesi latihan ini telah diberikan kepada semua pengguna daripada kalangan pelajar pada peringkat awal dan beberapa siri akan diadakan pada masa hadapan secara berterusan.
Mini Pameran Busana Songket dan Tradisional Melayu
Tarikh:
26/03/2019 - 28/03/2019
Tempat:
Tingkat 1, Ruang Perpustakaan KPBKL
Ringkasan :
Mini pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang seni tekstil melayu, pengetahuan tentang aspek rupa bentuk dan nilainya serta melihat keindahan busana songket dan pakaian melayu tradisional kepada warga dan pelajar KPBKL.
Di antara objektif mini pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan kehadiran pelajar-pelajar dan juga staf KPBKL ke perpustakaan. Dengan adanya aktiviti seperti ini, perpustakaan tidak lagi dianggap sebagai sebuah tempat atau pusat untuk melakukan proses peminjaman dan pemulangan buku sahaja. Aktiviti seperti ini akan menjadikan perpustakaan sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat melalui aktiviti-aktivi yang dijalankan.