Tarikh : 16 Okt 2020
Perkembangan semasa berkaitan dengan jumlah jangkitan Virus Covid-19 yang membimbangkan turut memberi kesan kepada pengoperasian Perpustakaan dan Kampus KPB secara amnya. Justeru, demi menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama menghentikan rantaian jangkitan virus ini, pihak Perpustakaan telah bergerak secara proaktif dengan memastikan setiap pengguna yang ingin memasuki premis Perpustakaan diwajibkan untuk mengisi borang maklumat diri secara imbas lalu Kod QR serta membuat pemeriksaan suhu badan di kaunter sirkulasi terlebih dahulu. Selain itu, pemakaian face mask adalah amat digalkkan. Pihak pengurusan Perpustakaan juga turut mengaplikasikan penjarakan sosial melalui penandaan khusus "X" pada perabot yang disediakan bagi memastikan pelajar tidak duduk berhampiran satu sama lain dalam jarak yang dekat kurang dari 1 meter seperti yang telah diperingatkan.
Pihak Pengurusan Perpustakaan ingin mengajak semua pengguna agar dapat bersama-sama berusaha memutuskan penyebaran virus Covid-19 ini.