KELAYAKAN
WARGANEGARA MALAYSIA
MEMILIKI SPM ATAU SETARAF
LULUS BAHASA MELAYU
LULUS SEJARAH (BAGI SPM TAHUN 2013 KE ATAS)
MENDAPAT TIGA (3) KEPUJIAN DALAM MANA-MANA MATA PELAJARAN
BAGI LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI :
SIJIL DANDANAN RAMBUT
SIJIL TERAPI KECANTIKAN DAN SPA
SIJIL KECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT
PELUANG KERJAYA
PERUNDING IMEJ
JURUTERAPI KECANTIKAN
JURUTERAPI ESTETIK
JURUSOLEK
PENSYARAH KECANTIKAN
PENGURUS
FREELANCER
USAHAWAN
TEMPOH PENGAJIAN
DIPLOMA
3 TAHUN (6 BULAN / SEM - 36 BULAN)
SEMESTER 6 - LATIHAN INDUSTRI
Intipati Sijil / Silibus:
Program Terapi Kecantikan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Terapi Kecantikan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan air brush, pengurusan spa dan projek.
Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.
Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki serta persolekan.
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan dan projek.
SILA HUBUNGI PEGAWAI PENGAMBILAN KKSP UNTUK KETERANGAN LANJUT:
EN. NURHAZRIN BIN MAZLAN
NO TELEFON PEJABAT: 04-4412909 / 3909
NO H/P: 0193500063 / 0123502786 (WHATSAPP)