KELAYAKAN
WARGANEGARA MALAYSIA
MEMILIKI SPM
LULUS BAHASA MELAYU
LULUS SEJARAH (SPM 2013 DAN KE ATAS)
MENDAPAT SATU(1) KEPUJIAN DALAM MANA-MANA MATAPELAJARAN
PELUANG KERJAYA
PASTRY COOKS
PASTRY CHEF
PASTRY STYLISH
CELEBRITY CHEF
BUSINES ENTREPENEUR
CAKE DECORATOR/DESIGNER
BAKERS/PEMBUAT ROTI
PASTRI INDUSTRI
COMMIS
TEMPOH PENGAJIAN
2 TAHUN (6 BULAN / SEM - 24 BULAN)
SEMESTER 4 - LATIHAN INDUSTRI
Intipati Sijil / Silibus:
Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
Teknik dan kaedah pembuatan kek, hiasan kek, pembuatan roti dan pembuatan dessert
Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis kek iaitu hot cakes, cold cakes dan frozen cakes
Penghasilan produk berdasarkan kemahiran hiasan kek iaitu kemahiran piping, kemahiran hand modelling dan kemahiran frosting
Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis roti iaitu lean dough, doh berlapis dan roti artisan
Penghasilan produk berdasarkan jenis- jenis dessert iaitu dessert tempatan, international dessert dan assorted cookies
SILA HUBUNGI PEGAWAI PENGAMBILAN KKBK UNTUK KETERANGAN LANJUT:
PUAN NORMADIAH BINTI JAAFAR
NO TELEFON PEJABAT: 04-4708768
NO H/P: 017-486 7448 WHATSUP/CALL
EMEL: normadiah@kkbk.edu.my