KELAYAKAN
WARGANEGARA MALAYSIA
MEMILIKI SPM ATAU SETARAF
LULUS BAHASA MELAYU
LULUS SEJARAH (BAGI SPM TAHUN 2013 KE ATAS)
PELUANG KERJAYA
JURUTEKNIK SERVIS KENDERAAN
PENASIHAT SERVIS
PENGUSAHA BENGKEL TAYAR, ELEKTRIK AUTOMOTIF, AKSESORI AUTOMOTIF
TEMPOH PENGAJIAN
2 TAHUN (6 BULAN / SEM - 24 BULAN)
SEMESTER 4 - LATIHAN INDUSTRI
Intipati Sijil / Silibus:
Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
SILA HUBUNGI PEGAWAI PENGAMBILAN KKBDK UNTUK KETERANGAN LANJUT:
EN. FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY
NO TELEFON PEJABAT: 04-9161577
NO H/P: 0195721801